Quantcast
Channel: Sihat dan cergas semulajadi
Viewing all 161 articles
Browse latest View live

10 PERKARA KENAPA PILIH BISNES SHAKLEE

$
0
0

BISNES PILIHAN MASA KINI? APAKAH YANG MENARIK PERHATIAN ANDA

Nak memulakan perniagaan sendiri bukan lah suatu perkara yang mudah. Berbagai perkara yang perlu diputuskan supaya perniagaan yang dijalankan bukan dikatakan seperti hangat-hangat tahi ayam. Masa mula-mula memang bersemangat dan rajin, tapi bila sampai satu masa dah tepu dan tak tahu macam mana nak kekalkan perniagaan itu.




10 PERKARA KENAPA PILIH BISNES SHAKLEE


1. KESIHATAN 

Kesihatan merupakan aspek paling penting dalam pemilihan bisnes ini. Semua orang akan berdepan dengan isu ini. Oleh kerana bisnes ini adalah bertujuan meningkatkan kesihatan semua orang mengamalkan suplemen dari Shaklee yang sangat bagus.


Produk Dibangunkan Dengan Kajian Serta Mendapat Pengiktiraf Dunia


Kelebihan bisnes Shaklee, produk yang dikeluarkan adalah berkualiti. Ia tak dikeluarkan sebelum dilakukan ujian kualiti. Selari dengan slogan Shaklee

#Purity: Bahan mentah atau kandungan yang berkualiti serta produk yang dihasilkan adalah selamat
#Potency: Kajian intensif dijalankan serta nutrient yang dihasilkan adalah berkesan
#Performance: Penyerapan yang lebih baik, untuk hasil yang lebih baik

Kualiti serta keberkesan produk Shaklee boleh dilihat pada komitmen ini

# 350 ujian dijalankan pada bahan mentah / kandungan (botani) baru. Bagi mengesan pencemaran, racun serangga dan lain-lain
# Lebih 250 ujian pengesanan racun serangga dijalankan bagi mematuhi peraturan United State Pharmacopeia
# Lebih 100,000 ujian telah dijalankan setiap tahun bagi memastikan bahan mentah berkualiti, produk yang selamat serta nutrien yang berkesan
# Shaklee telah melabur lebih 300 Juta (USD) dalam RnD
# dan banyak lagi

2. TAMBAH PENDAPATAN


Shaklee menawarkan plan perniagaan yang lumayan dan sangat adil. Bukanlah sistem piramid seperti yang digemburkan oleh pihak tertentu. The bigger organisation you have, the more you get. Income korang boleh dapat infiniti, ada dikalangan kami mendapat income melebihi 6 angka. Bisnes yang memberi konsisten income kepada pengedar shaklee tanpa fail. Setiap 14-15 haribulan setiap bulan, kita pasti masuk ke akaun.

Kelebihan bisnes Shaklee dari sudut bonus, tunai dan insentif yang ditawarkan ialah

1. Bisnes tanpa modal yang tinggi. Malah boleh dapat secara percuma
2. Dapat untung runcit hasil jualan produk kepada customer yang bukan ahli
3. Dapat leadership bonus sehingga level ke-6
4. Dapat FREE TRIP setiap tahun dalam negara dan luar negara
5. Dapat CAR SUBSIDY PROGRAM
6. Dapat AWARD RECOGNITION setiap tahun
7. Dapat hadir Global Conference di USA
8. Dapat bergaul  dengan para saintis dan doktor yang menjalankan Research dan Development

3. KELUARGA


Keluarga merupakan dorongan utama kenapa saya perlu menjalankan perniagaan sahklee ini. Antara kelebihan bisnes Shaklee ia adalah fleksibel. Sama ada anda mahu buat online atau offline. Bergantung pada anda. Terutama bagi seorang ibu, sudah tentu naluri untuk bekerja dari rumah lebih tinggi seperti saya juga. Ianya menjadi impian setiap ibu untuk berkerja dari rumah dan mempunyai pendapatan sendiri untuk membantu keluarga.


4. SYARIKAT YANG KUKUH


Ye. Syarikat Shaklee ditubuhkan 1956 di US. Yang menariknya Shaklee adalah syarikat No 1 yang membekalkan nutrisi semulajadi di US. US agak ketat bahagian produk-produk kesihatan. Ini membuktikan Shaklee sangat komited dalam mengeluarkan produk berkualiti serta tak mencemarkan alam sekitar. Serta Shaklee merupakan sayrikat pertama di dunia yang mendapat anugerah Climate Neutral Company.

5. LANDMARK STUDY


Tahukah anda Shaklee telah menjalankan Landmark study sejak bertahun2 lamanya hanya untuj memastikan vitamin2 keluaran Shaklee benar2 terjamin selamat dan berkesan

Kelebihan bisnes Shaklee, produk yang dikeluarkan adalah berkualiti. Ia tak dikeluarkan sebelum dilakukan ujian kualiti. Selari dengan slogan Shaklee
#Purity: Bahan mentah atau kandungan yang berkualiti serta produk yang dihasilkan adalah selamat
#Potency: Kajian intensif dijalankan serta nutrient yang dihasilkan adalah berkesan
#Performance: Penyerapan yang lebih baik, untuk hasil yang 


6. BINA LEGASI


Bisnes shaklee adalah bisnes sendiri dan boleh diwariskan kepada generasi kita. Usaha yang kita buat kini adalah jaminan masa depan anak-anak kita. Kita nak bina legasi, kerana syarikat shaklee memberi peluang kepada kita untuk membina legasi sehingga ke beberapa generasi dibawah-bawah kita.

7. NIAT UNTUK BANTU/ LADANG PAHALA

Berbalik pada tujuan utama pilih bisnes shaklee ialah atas sebab kesihatan. Atas sebab yang sama juga, dalam bisnes shaklee ini, niatkan untuk membantu semua orang di sekeliling kita untuk kekalkan kesihatan pada tahap yang maksima. Dalam masa yang sama juga dapat membantu orang lain menambah pendapatan diri dan keluarga.

Jom bantu orang lain dengan jadi penyumbang zakat terbanyak supaya tiada lagi status kemiskinan di tempat kita.


8. JADIKAN HADIAH UNTUK ORANG TERSAYANG SUAMI / ISTERI /IBUBAPA


Ada master bagi 4 tiket percuma pergi umrah kepada orang tua mereka. Fikirkan untuk orang lain, suami, anak2, mak ayah, keluarga, jiran tetangga, luar negara dan lain-lain. HADIAH SEBUAH KEHIDUPAN UNTUK SAHABAT2 kita.

9. PROVEN BISNES


Shaklee sangat penting untuk kita, bukan kita diperlukan shaklee. Siapa yang mengambil peluang untuk buat bisnes shaklee, anda seorang yang hebat dan jelas dengan masa depan. Bak kata Haji Roslan sebelum ini, adakah terjamin masa depan kita dan anak-anak kita selepas kita berhenti kerja? Inilah bisnes yang anda perlu buat kerana ia untuk keluarga kita.

10. POTENSI ANDA DIBAYAR OLEH SHAKLEE


Kalau anda kerja dengan orang, kalau orang tak suka kat anda pasti dia buang kita bila-bila masa. Pasti tak nampak apa yang kita buat. Berbeza dengan shaklee, kita dibayar setiap bulan tanpa gagal. Bila kita kerja kuat, pasti kita dibayar lebih tanpa mengira siapaanda.


Kerdit to :KAK WAWA
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi

Shaklee ID: 906598



NAK DETOX SHAKLEE TAPI HILANG BERAT BADAN??

$
0
0

Detox vs kurus


Assalamualaikum semua

Pernah tak jadi, bila korang rasa nak turunkan berat bada tapi macam tak jalan je. Badan pun kerap sakit-sakit ja walaupun kerap ambil suplemen juga.


shaklee

Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk menyerap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.

Kenapa kena detox

Kekotoran ataupun toksik yang terkumpul dalam badan boleh menyebabkan beberapa penyakit serius. In fact, kebanyakan penyakit hari ini adalah berpunca daripada badan yang penuh toksik. Antara penyakit akibat daripada usus yang penuh toksik adalah

* Darah tinggi
* Jantung
* Hati
* Buah pinggang
* Kencing manis

Dan antara tanda bahawa anda perlukan detox adalah seperti berikut :-

* Sakit kepala yang kerap
* Keletihan
* Kulit Kusam
* Selalu jatuh sakit seperti demam
* Sembelit

Dan satu kemungkinan yang paling disaster adalah segala penyerapan vitamin dan mineral menjadi lemah dan menyebabkan badan tidak cukup nutrisi yang diperlukan.
Klik Gambar untuk pembelian


Apa kaitan detox dan kurus

Proses detox akan buang kotoran dan bersihkan usus. Proses kuruskan badan kadangkala tidak berkesan bukan kerana sesuatu product yang diambil tapi kemungkinan besar ianya berpunca daripada usus yang penuh toksik dan tidak menyerap nutrisi dari product secara optimum. Jadi jika anda nak kurus atau dalam proses nak kurus, perkara pertama yang pelu dibuat adalah detox! Bersihkan usus anda supaya penyerapan vitamin berlaku dengan lebih berkesan dan optimum. Ini kerana nutrien tertentu iaitu carbo, protin dan fiber memainkan peranan yang besar dalam proses penurunan berat badan. Contohnya protin sangat penting bilamana seseorang nak kurus. Protin membantu dalam membina dan membaiki tisu-tisu otot supaya kadar metabolisme badan dapat dipertingkatkan dan seterusnya membakar lemak untuk ditukarkan kepada tenaga. Jadi adalah penting zat protin dapat diserap dengan baik oleh usus. Jika usus penuh toksik, zat protin tidak dapat diserap dan peranan protin tidak berlaku dengan cara yang optimum.



Jom kita tengok video mereka yang detox tapi dalam masa yang sama berjaya turunkan berat badan secara sihat.



Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi

Shaklee ID: 906598


PRODUK SHAKLEE BEYOND ORGANIK? BERBEZA KE DENGAN ORGANIK

$
0
0

SHAKLEE BUKAN SEKADAR ORGANIK


shaklee semulajadi
Shaklee adalah produk semulajadi


Maksud Organik

ORGANIC bermaksud pertanian yang menggunakan input semula jadi yang meningkatkan kesuburan tanah. Ini bermakna tiada apa yang digunakan yang mungkin membahayakan udara, air, atau tanah. Mereka yang concern dengan kesihatan yang berkait dengan alam sekitar baisanya akan membeli product yang bersifat organic.


Apa itu Beyond Organik?

BEYOND ORGANIC pula adalah gabungan kaedah Organic + Carbon Footprint rendah. Carbon Footrint merujuk kepada kuantiti gas rumah hijau yang dipancarkan ke atmosfera semasa kitaran hayat sebarang produk atau aktiviti dan dinyatakan dalam bentuk setara karbon dioksida bagi bahan makanan, aktiviti utama termasuk fasa pengeluaran (penanaman tanaman, buah-buahan, dan lain-lain penternakan haiwan), pemprosesan, pengedaran, jualan.



Carbon fooprint ni pada asasnya mewakili intensiti gas rumah hijau dari sebarang aktiviti dan dengan itu menunjukkan sumbangan dari sebarang aktiviti kepada pemanasan global.

Kesimpulannya BEYOND ORGANIC adalah lebih dari standard Organik dan melangkaui standard organik tradisional, untuk meningkatkannya tahap kesedaran dan pengetahuan berdasarkan kesihatan dan kesejahteraan yang benar.

Terdapat 10 kriteria yang mesti dipenuhi untuk mengekalkan standard Beyond Organic yang mana piawaian ini adalah lebih tinggi daripada piawaian USDA.

Greenfed
Pesticide/Herbicide/Fungicide/Chemical Fertilizer-Free Grazing
Chemical Medicine Free – No Antibiotics, No Hormones, No Vaccines
Kind Treatment of Animals/Animal Friendly
Sustainable Land and Soil Management
Non-GMO
Olde World Production Methods
Fair Made
Biblically-Based Processing Methods

Quality and Safety for Finished Products

shaklee
Penjelasan Dr Daggy berhubung prinsip Shaklee Beyond Organic

Jaminan Shaklee


Pendekatan Shaklee untuk melampaui organik dengan menggunakan bahan-bahan yang murni dan paling kuat dan penyelidikan saintifik yang paling utama membolehkan mereka menawarkan jaminan wang tanpa syarat.

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan apa-apa sebab, kembalikan bahagian yang tidak digunakan dan dapatkan semula wang anda.
Sebagai tambahan kepada jaminan wang balik, Shaklee turut menawarkan

1. Jaminan 100% terhadap semua ramuan yang disenaraikan pada label produk
2. Jaminan 100% terhadap kualiti produk demi keselamatan produk, kesucian, kebolehpercayaan, dan prestasi produk
3. Jaminan 100% Shaklee hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti dan terbaik sahaja.

“Produk kami adalah luar organik kerana standard kami jauh lebih tinggi daripada organik. Tiada standard bagi suplemen organik. Kami melakukan puluhan ribu ujian untuk membuktikan bahawa tidak ada bahan cemar dalam mana-mana ramuan kami tanpa mengira di mana dan bagaimana mereka ditanam.
Organik hanya memberitahu anda bagaimana sesuatu telah ditanam, tetapi itu tidak menjamin suplemen itu tidak tercemar semasa anda memakannya. Shaklee melampaui semulajadi dan organik. Kami pergi ke tahap lebih tinggi.”

shaklee
Shaklee terbukti berkesan

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi

Shaklee ID: 906598

PENGEDAR SHAKLEE YANG AKTIF DAN BERPENGALAMAN

$
0
0

KENALI SAYA SEBAGAI PENGASAS FIT FAMILY DAN PENULIS BLOG CERGASEMULAJADI.COM



Assalamualaikum 

Selamat datang ke blog saya. Saya sangat berbesar hati atas kunjungan anda.


Salam perkenalan dari saya untuk pembaca

Nama penuh saya ialah Siti Aminah Abd Halim, ibu kepada 5 orang cahaya mata yang 4 daripadanya adalah putera. Berasal dari Utara tanahair, iaitu Kedah. Pernah bermastautin di Ipoh, Perak selama 15 tahun dan kini bertukar angin ke kepulauan Borneo.

Bertugas sebagai tenaga pengajar di pusat pengajian awam dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan juga menjalankan bisnes sampingan secara online iaitu Shaklee. Bermula dengan pembelian dengan keahlian untuk meningkatkan kesihatan sendiri sahaja. Selepas merasai kelebihan amalan suplemen, mula timbul rasa nak berkongsi kebaikan bersama keluarga dan rakan.

Bermula dengan istilah 'part-time' sahaja dan kini lebih serius demi memastikan saya bebas daripada beban kewangan dan juga masa yang lebih anjal untuk bekerja dari rumah sahaja.


Alhamdulillah sebagai leader Shaklee dan pengasas group Fit Family, saya sentiasa berkongsi tips dan pengalaman sebagai seorang ibu, pendidik dan juga tips kesihatan keluargadan juga tips menurunkan berat secara sihat tanpa perlu berlapar di cergasemulajadi.com.

Ingin Berniaga dan jadikan sumber pendapatan tetap??



Tahniah! apabila anda mempunyai niat tak perlu tunggu lama. Teruskan langkah anda kerana perjalanan anda bermula dengan langkah pertama. Semua orang mempunyai cita-cita untuk hidup bebas dengan hutang dan juga masa. Kebebasan masa bermaksud tidak perlu terikat dengan masa kerja dan juga terkejar-kejar dalam kesesakan lalulintas untuk sampai ke destinasi tempat kerja.

Bebas kewangan pula adalah kita tidak mempunyai bebanan hutang yang banyak, malah telah ramai master shaklee yang berjaya bebas hutang dan hanya menggunakan duit cash untuk membeli kereta mahupun rumah. Di zaman yang sangat mencabar ini memang agak mustahil untuk capai semua itu jika kita tidak melakukan sesuatu dari sekarang..Jadi memilih bisnes shaklee adalah pilihan yang sangat tepat. :)

Kenapa Saya?

Anda akan dimasukkan dalam group support apabila mendaftar keahlian dengan saya. Layak mendapatkan khidmat nasihat secara percuma.

Malah sebagai ahli dan rakan niaga, saya akan sentiasa membimbing anda dan juga goup support yang mantap dan hebat.

Nak tahu lebih lanjut, jangan rasa segan silu untuk bertanya terus dengan saya. Hubungi saya sekarang dan daftarlah keahlian serta ayak jadi protege.



Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi

Shaklee ID: 906598



RESEPI BUBUR KACANG HIJAU PANTAS

$
0
0

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU PANTAS MENGGUNAKAN PERIUK TEKANAN NOXXA

Assalamualaikum semua!!

Siapa sini suka makan bubur kacang hijau? Mami memang suka makan bubur kacang hijau. Tapi yang menjadi masalah ialah malas nak mengacau bubur tu. nak kena rebus atau lembutkan dulu kacang hijau tu. Perlukan masa yang agak lama juga kan. Alhamdulillah mami dah jumpa gadget untuk ibu-ibu kat luar sana supaya boleh buat hidangan kegemaran dan jimat masa.


 

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU



Bahan-bahan bubur kacang hijau :


250 gram kacang hijau
1 liter air
1 liter santan (kalau guna santan kotak = sekotak + air)
1 ketul gula melaka 
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan sagu
sedikit garam
2 helai daun pandan untuk beri aroma (tak ada pun takpe)


Cara-cara


  1. Masukkan kacang hijau dalam periuk noxxa dan masukkan 1 jug air atau secukupnya
  2. Tekan “high pressure” 15 minit dan ON
  3. Noxxa dah bunyi , keluarkan wap dan buka penutup
  4. Tekan “stir fry”
  5. Masukkan daun pandan , santan , garam , gula dan sagu
  6. Sentiasa kacau supaya santan tak pecah dan meruap naik
  7. Kacau lagi sehingga sagu menjadi jernih
  8. Rasakan gula secukupnya , tambah jika perlu dan matikan periuk noxxa
  9. Siap untuk dihidangkan



Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi

Shaklee ID: 906598

NIKMATI PERJALANAN MENARIK KE KUDAT

$
0
0
Sabah
Mercu tanda Tips of Borneo

Assalamualaikum..

Setelah hampir setahun bermastautin di kepulauan Borneo, kini baru berkesempatan untuk menjelajah ke Tips Of Borneo. Tanjung Simpang mengayau terletak dalam Daerah Kudat memerlukan perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit sehingga 3 jam dan bergantung kepada kenderaan dan juga keadaan lalulintas.

Dalam kesibukan orang lain untuk pulang mengundi di tempat masing-masing, kami sekeluarga tiak berpeluang untuk menjalankan tanggungjawab itu pada kali ini. Jadi kami menggunakan cuti sebelum hari mengundi untuk menikmati keindahan Tanjung Simpang mengayau.

Rancang perjalanan.


Oleh kerana perjalanan ke kudat memakan masa 2 jam lebih sehingga 3 jam, maka perancangan perlu dilakukan. Ini kerana kami perlu mengambil kira masalah hentian rehat yang tiada seperti dalam lebuhraya di semenanjung dan juga masalah untuk berhenti makan minum.

Kami merancang untuk pergi dan balik hari saja, maka perjalanan mestilah bermula seawal yang mungkin. Jarak perjalanan dari Sepanggar ke Tanjung Simpang mengayau adalah sejauh 169 km. Bagi mami sekeluarga yang ada anak kecil, berbagai perkara perlu difikirkan. Dari Sepanggar perlu menuju ke Tuaran, kemudian ke Kots Belud dan Melalui Kota Marudu sebelum sampai ke Tanjung Simpang Mengayau. Akan jumpa simpang ke Tanjung Simpang Mengayau dulu sebelum pekan Kudat.


Bekalan Makanan.


Oleh kerana jarak perjalanan yang agak jauh dan kurang kemudahan hentian rehat dan rawat seperti di lebuhraya semenanjung, maka makanan perlu disediakan sebelum bertolak. Terdapat satu hentian, iaitu hentian Ulu Kukut di Kota Belut, tapi tak ramai yang berhenti kecuali pelancong luar.

Oleh kerana kawasan yang dituju agak kurang restoran, maka mami merancang memasak bekalan dan berkelah di kawasan yang nak dituju. Mami masak bekalan nasi dan ayam merah serta telur dadar sebagai bekalan makanan tengah hari.

Untuk sarapan pula, mami hanya membeli bekalan roti dan juga kuih bahulu dari stesen minyak sebelum memulakan perjalanan. Untuk anak-anak, sediakan juga jajan yang mengenyangkan supaya tak begitu bosan.


Kudat, Sabah
gambar kenangan

Tips Of Borneo
Sayup mata memandang

Perjalanan yang panjang


Perjalanan ini akan terasa sangat lama dengan pemandangan kiri kanan adalah kawasan sawah padi apabila melalui daerah Kota Belud. Kemudian pemandangan kawasan kelapa sawit apabila memasuki kawasan Kota Marudu dan juga Kudat. Nikmati perjalanan seperti menaik dan turun bukit itu. Jalan agak lurus dan terasa sayup mata yang memandang.


Perjalanan kami ke Kudat menggunakan Aplikasi Waze dan pada asalnya mami arahkan ke KFC Kudat. Kononya sampai ke pekan dulu, kemudian baru la cari arah ke Tanjung Simpang Mengayau. Oleh kerana telefon digunakan untuk memandu arah, maka tiada rakaman perjalanan buat kami. Hanya terakam di minda sahaja he he.

Tanjung Simpang Mengayau dulu sebelum Pekan Kudat.


Apabila kami memasuki daerah Kudat dan aplikasi waze menunjukkan bahawa lagi 17 km lagi untuksampai ke KFC Kudat apabila kami menemui simpang memasuki Tips Of Borneo. Maka kami menukar haluan untuk ke Tips Of Borneo dahulu kerana jam sudah menunjukkan 10.00 pagi. Dari Jalan utama untuk sampai ke Tanjung Simpang Mengayau 

Kudat
satu keluarga

Sampai sahaja kawasan destinasi, terus cari mercu tanda untuk bergambar. Subhanallah, terlalu cantik mata memandang dengan kebiruan air lautnya. Luas mata memandang dan tidak jemu walaupun matahari mula terpacak di atas kepala. Jam menunjukkan 10.30 pagi tapi waktu di Sabah 1 jam awal dari semenanjung. Maka boleh dikatakan lebih kuram jam 11.30 pagi waktu semenanjung la.

Sabah
Laut Sulu dan laut Cina selatan

Sabah
penunjuk arah



Sabah
Hujung tanduk





 Berkelah di Pantai Kalampunian


Setelah puas melihat pemandangan dan merakamkan gambar, kami turun mencari kawasan untuk berkelah di tepi pantai. Makan tengah hari dengan bekalan yang telah siap dimasak dari rumah. Hidangan mudah dan ringkas iaitu nasi putih, ayam sambal dan telur dadar ha ha. Keindahan pantai dengan pasir yang memutih begitu memikat hati. Sebenarnya terdapat juga beberapa pantai lain di Kudat ni, tetapi tidaklah diberi perhatian sangat kerana pengunjung biasanya datang ke Tanjung Simpang Mengayau untuk bergambar dan balik he he.


Sabah
Pantai Kalampunian

Teruja nak mandi pantai.


Anak-anak terlalu teruja untuk terjun pantai. kawasan pantai Kalampunian ni terdapat beberapa chalet atau resort untuk disewa. Terdapat juga tandas awam dan surau di kawasan pantai ini. Jadi memang boleh je kalau nak mandi manda di sini. Tetapi suami kurang berminat salah satu sebabnya ialah kekurangan pengunjung. Mungkin juga kami pergi bukan hari minggu atau cuti umum. Adalah juga yang mandi, tetapi rasanya pelancong luar atau nelayan tempatan. Sempat la juga cecahkan kaki di gigi air, sangat jernih airnya. Memang kita akan rasa nak berendam je ha ha.

Sabah
Tamu Kudat

Tamu Kudat.


Selepas berkelah dan menikmati keindahan pantai, barulah kami bergerak menuju ke pekan Kudat. Memang letakkan KFC,Kudat sebagai next location sebab tak tahu nak tuju ke mana. Dalam mata melilau mencari bangunan KFC, ternampak pula 'tamu' atau pasar mingguan di pekan Kudat ini. Apa lagi, terus je cari tempat letak kereta dan menjelajah kawasan tamu je lah. Bagi mami sekeluarga, tamu di sini lebih kurang sama juga lah dengan tamu di tempat lain yang pernah kami pergi iaitu tamu di Telipok dan juga Tuaran. Satu keseronokan berkunjung ke tamu ialah boleh mencari barang dagangan masyarakat tempatan. Biasanya berbeza hasil tani mengikut kawsan setempat la,



Kota Marudu sebagai persinggahan terakhir.

Selepas berjalan sekitar tamu pekan Kudat, kami bertolak balik ke sepanggar. Oleh kerana baru je menikmati makanan semasa berkelah, maka kami sekeluarga membuat keputusan untuk singgah KFC, Kota Marudu pula. Sambil itu dapat melihat sendiri pekan Kota Marudu kerana perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat tidak melalui pekan atau bandar Kota Marudu mahupun Kota Belud. Mengalas perut di  KFC dan kemudian singgah bersolat di Masjid Kota Marudu sebelum bertolak balik.

Alhamdulillah, walaupun perjalanan terasa jauh tapi berbaloi.

Bagi yang belum pernah datang ke Sabah, jangan lupa masukkan Kudat sebagai salah satu destinasi korang tau.....


Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Siti Aminah
SMS/WhatApps: 019 – 4139987
Page: Vitamin Cergas Semulajadi

Shaklee ID: 906598

TIPS MERANCANG PERCUTIAN KE SABAH DENGAN MENARIK

$
0
0
Assalamualaikum..


Ramai yang merancang untuk bercuti ke Sabah, akan tetapi masih berkira-kira untuk ambil pakej pelancongan atau rancang perjalanan sendiri.


Oleh kerana ramai yang mesej dan bertanyakan hal ini memandangkan mami dan keluarga dan bertukar ke Kota Kinabalu sejak tahun lepas.

Pekan Cowboy, Tuaran

Oleh kerana ramai mesej bertanya berapa lama untuk bercuti di Sabah dan berapa bajet diperlukan. Ok lah mami cuba bantu setakat yang mami tahu ok. Walaupun sebelum ni mami ada kongsi mengenai 10 tempat menarik dikunjungi di Kota Kinabalu. bagi yang bertanyakan tempoh melawat Sabah, ianya terpulang kepada diri berapa lama dan berapa tempat yang ingin dilawati.



Anda boleh juga lawati sini MENARIK DI KUDAT

Kereta Sewa

Hari pertama biasanya selepas turun je di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan digalakkan ambil penerbangan waktu pagi kemudian pengunjung akan terus buat temujanji dengan pemilik kereta sewa. Boleh dapatkan harga yang murah juga dan bergantung kepada jenis kereta. Pilih kereta yang bersesuaian dengan bilangan ahli pengunjung kerana keadaan jalan di Sabah tidak la seperti di semenanjung yang ada lebuhraya dan juga jarak perjalanan pun agak lama dari satu desnitasi ke destinasi yang lain. Oleh itu anda dinasihatkan untuk tidak terlalu berkira bab kereta, takut anda penat kerana tak selesa dalam kereta he he.

Kota Kinabalu ke Kundasang.


Kebiasaanya pengunjung akan terus ke Kundasang pada hari pertama. Dalam perjalanan ke Kundasang anda boleh melawat beberapa tempat dalam perjalanan ke Kundasang.

Upside down atau Rumah terbalik. dan 3D Wonder Museum


Rumah terbalik, Tamparuli
 Perjalanan ke Kundasang akan melalui Tuaran. Tetapi rumah terbalik terletak di Tamparuli dan tidak jauh dari pekan Tuaran. Boleh juga melalui jalan ini untuk ke Kundasang, hanya gunakan aplikasi Waze dalam telefon bimbit masing-masing je. Bersebelahan dengan Rumah terbalik juga terdapat  3D wonder Museum. Dibuka setiap hari bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam.

Harga Tiket

 Rumah Terbalik:         RM12.70 (dewasa), RM5.30 (kanak-kanak)
3D Wonder Museum : RM24.40 (dewasa), RM15.90 (kanak-kanak)
Combo ticket :             RM31.80 (dewasa), RM19.10 (kanak-kanak)

Jambatan Tamparuli


Jambatan Tamparuli, jambatan gantung
Jambatan Tamparuli ni tak perlu yuran apa-apa la. Cuma boleh bergambar di jambatan gantung yang banyak cerita rakyatnya. Kalau anda pergi Hari Rabu ada tamu(pasar pagi) di sini sehingga jam 1.00 tengah hari. Mungkin susah sikit nak cari kawasan tempat letak kereta. Tapi anda dapat jalan di tamu sini yang banyak hasil kampung atau hutan.

Pekan Nabalu


Pekan Nabalu terletak betul-betul tepi jalan dalam perjalanan menuju ke Pekan Kundasang. Cuma pilihan terletak di tangan anda samada untuk berhenti atau tidak. Kebiasaanya pelancang berhenti untuk mengambil gambar. Tetapi sekiranya cuaca tidak mengizinkan, tak dapat la pemandangan gunung. Tak kurang juga yang ingin membeli barangan kraftangan. Kat sini memang tempat persinggahan sekejap sebelum ke Kundasang.

Pasar Kraftangan pekan Nabalu

Kawasan bergambar menghadap Gunung

Kinabalu Park.

Kinabalu Park adalah tempat dimana pendaki akan mulan pendakian. Pemandangan untuk bergambar di sini pun cantik. Tapi gambar kami ni cuma di pintu luar sahaja. Kalau nak masuk sehingga ke kawasan permulaan pendakian perlu la bayar tiket masuk. Boleh bawa kereta ke kawasan tersebut. Kalau bergambar kat luar ni pun kira dah ok sebenarnya he he. Jimat duit dan masa sebab banyak tempat nak tuju lagi.

Bayaran masuk : RM3 seorang

Kinabalu Park

Gambar dari atas 

Pekan Kudasang


Kalau dah sampai tempat ni, maksudnya kena fikirkan tempat tidur dan makan la. Boleh la cari hotel yang berkenan. Ada yang suka macam homestay yang lengkap dengan dapur (itu kami la he he). Ada juga yang suka hotel yang memang menawarkan pakej breakfast. Memang banyak sangat pilihan hotel, tak kurang juga yang memang mencari hotel degan menghadap pemandangan gunung.

Nak makan di Pekan Kundasan ni tidak la menjadi masalah sangat. Ada restoran KFC di sini. kalau jemu makan KFC boleh cuba nasi ayam. Restoran nasi ayam kat sini, Kedai berdekatan dengan tandas awam pekan Kudasang he he. Kebiasaannya orang nak cari Kepak ayam madu. Cuba la rasa sendiri. 

Kundasang War Memorial

Terletak betul-betul dalam Pekan Kundasang. Belakang kawasan kedai dan bersebelahan tandas awam pekan Kundasang. Tinggalan kubu perang rasanya, tapi dah dijaga seperti Garden yang sangat cantik.
Kundasang War Memorial
Bayaran masuk Kundasang War Memorial : RM2 seorang

Desa Dairy Farm (Ladang Lembu)



Macam kat New Zealand kan
Setiap orang yang datang melancong ke Sabah menjadikan tempat ini sebagai destinasi wajib. Ini kerana keindahan dan permandangan seolah-olah berada di luar negara. Waktu dicadangkan untuk masuk ke ladang lembu adalah awal pagi. Ini kerana waktu awal pagi selaluny kita boleh ambil gambar dengan view penuh puncak Gunung Kinabalu tanpa diliputi oleh awan. Selepas jam 8.30 macam tu, angin dah mula bertiup kuat dan awan akan meliputi puncak gunung. Maka sebaiknya bermalam la di Kundasang supaya dapat masuk ke ladang lembu awal pagi.  Selain itu, anda tak perlu meletak kenderaan jauh dari tempat untuk melawat. penat tau berjalan dalam ladang lembu ni sebab macam mendaki je rasa...ha ha.



Aroma lembu menusuk hidung he he

Ais krim sedap, wajib beli ye!!
Waktu Operasi
8 pg – 5 ptg

Waktu memerah/memproses susu
Memerah : 3 ptg – 5 ptg setiap hari
Memproses : Setiap Selasa, Khamis, Ahad pada 10 pg – 2 ptg
Tiket : RM3 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)

Arnab Village

Arnab Village
 Perkampungan arnab terletak selepas Pekan Kundasang. Akan tetapi sekiranya anda mengejar masa, boleh la abaikan untuk ke Arnab Village ni. Ini kerana keadaan jalan masuk ke Anab Village ini kurang memuaskan. Buat masa ini masih belum berturap sepenuhnya dan sangat mencabar untuk kenderaan biasa. Sekiranya anda menyewa kenderaan jenis pacuan 4 roda boleh la ke sana dengan senang hati. Bagi anak-anak mesti seronok dapat main dengan arnab kat sini. Sangat jinak.

Bayaran masuk : RM3
Seronok main dengan arnab

sangat jinak



Sabah Tea


Sabah Tea

Sabah Tea terletak selepas pekan Ranau, jarak perjalanan ke Sabah Tea dari pekan Kundasang ada dalah 30 ke minit. Jarak tidak la jauh, cuma keadaan jalan dan juga bergantung juga keadaan trafik masa tu. Sperti juga kita ke Cameron Highland, tempat wajib kita kunjungi ialah ladang teh kan. 

Nikmati pemandangan yang indah sambil menghirup udara yang nyaman di sini. Anda boleh lepak di Sabah Tea Restoran & Tea Shop di sini. Sambil tu boleh juga ilut lawatan ke kilang memperoses teh, tetapi ada bayaran dikenakan.


Tagal Sungai Moroli Kampung Luanti atau Fish Spa


Tagal, Sungai Moroli
Menjadi satu kewajipan apabila melancong ke Sabah untuk merasai sendiri Spa ikan kelah ni. Jarak dari Pekan Kundasang ke sini lebih kurang 30km je, tapi jarak masa perjalanan bergantung kepada keadaan lalulintas masa tu. Mungkin boleh sampai dalam masa 30 minit sehingga 1 jam perjalanan.
Pastikan cuaca cerah untuk ke sini, kalau anda pergi pagi, perlu pastikan juga bahawa malam sebelum tu bukan hujan lebat. Anda perlu faham keadaan air sungai selepas cuaca hujan, sepertimana anda berkelah kawasan ari terjun juga la.

Keseronokan untuk merasa gigitan ikan yang dikatakan mengigit sel kulit mati dari tubuh manusia. Tak kurang juga ada yang geli he he. Kawasan tagal sungai Moroli ni juga terdapat jambatan gantung, jadi pengunjung dapat merasai pengalaman menggunakan jambatan gantung di sini tanpa apa-apa bayaran.

Spa ikan


Waktu Operasi :
Buka setiap hari (08:30 AM - 05:00 PM)

Yuran Masuk Pengunjung :
Dewasa & Pakej Rendam Kaki - RM 5.00 (30 minit)
Kanak-kanak & Pakej Rendam Kaki - RM 2.00 (30 minit)
Pakej Mandi bersama Ikan - RM 10.00

Poring Hot Spring Ranau

Poring Hot Spring Ranau

Lokasi seterusnya yang terletak hanya 35 kilometer dari Luanti dan mengambil masa 30 minit untuk tiba di Kolam Air Panas Poring, Ranau. Terkenal dengan kolam air panas semula jadi yang mengandungi kandungan galian sulfur sesuai untuk menyegarkan badan


Kolam mandi umum

kolam individu

Lagi tempat menarik dalam  kawasan hotspring
 Diharapkan dengan perkongsian saya serba sedikit dapat mebantu anda untuk merangcang percutian yang menarik di Sabah ini. 

Insyaallah saya akan Sambung entri berkaitan percutian di Sabah dari semasa ke semasa

CARA JOIN VIRTUAL RUN

$
0
0

CARA JOIN VIRTUAL RUN 🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️🏃🏻‍♀️

Medal pertama yang sampai 


Sebelum ni asyik tengok kawan-kawan dalam Facebook je duk update virtual run. Dalam hati dah berkata “bestnya berlari, bila la aku nak mula berlari?”. 😂

Tapi bila nampak rakan update medal cantik, terus teruja nak mendaftar juga. Maka sibuk la baca sharing kawan-kawan yang dah join larian ni. 

Eh! Kejap, apa benda virtual run ni. Biasa kita dengar larian kena daftar dan berlari dekat tempat tertentu kan. Virtual pula, kita berlari tapi ikut masa dan tempat kita suka. Ha! Macam mana tu???



Cara dan Tips join VIRTUAL run :-


1. Install Apps 42Race atau daftar di website https://web.42race.com/races. 


2. Install GPS running apps untuk track larian. 

Mami pakai strava tapi ada yang perfer NRC sebab untuk indoor dia memang best. Untuk guna NRC dia boleh trace indoor ataupun outdoor.

Tapi kalau ada treadmills kat rumah, pun boleh juga untuk track larian kita tu. Snap je gambar larian dan hantar je la.

3. Untuk join VR yang ada medal lawa2 yang dipos terus ke alamat kita, kita kena bayar dalam RM29.99 (RM30 la tu) untuk setiap VR. Semuanya “Order dan Register” melalui apps tadi. Payment pun online.

Kalau mau VR yang free pun ada. Nanti settle larian akan dapat E-Badge (e-medal la gitu). 

Cemana mau tau VR tu berBayar ka Free? Nanti tengok dalam poster keh. 

4. Setiap VR ada kategori dia, 3km-5km-etc. Time register pilihlah yang ngam di kaki. Biasanya kena Complete in ONE run. Nda bole stop stop sambung besok lusa pula.

5. Kalau VR yang baru open, biasanya siap boleh Engrave Nama (tulis nama di medal). Ni kalau tak silap dalam tempoh 2 minggu selepas VR open, lepas tu tutup. Once sudah tutup, kita dapat medal biasa ja la. 

6. Selepas register VR, kena lari ikut syarat dan date yang ditetapkan. Sila baca syarat ya, karang disqualified pula. Rugi!

7. Wajib START running apps ketika berlari, barulah larian kita tu “dicatat”. Nanti summary larian tu yang akan kita submit (upload) ke 42Race ikut due date yang ditetapkan. (Tengok contoh dalam gambar)



8. Lastly, bila sudah submit (upload), nanti pihak 42Race akan verify approve ka tidak, kalau approve, mu tunggu abang posto datang bawakan medal lip lap bling bling keh, pastu bole gambar gigit medal suda, bukan gigit hp ja lagi 🤣🤣

So, begitulah sedikit sebanyak cara untuk join Virtual Run ni.

Senang ja kan? 😋

Haaaa, so cemana pula mau join 4 Seasons Series Autumn Run ni? Hari tu masih ada di 42race, tapi sekarang tiada dah. 

Tapi masih boleh join melalui website dia di https://spreenapp.com/web/event/autumn-run-2018?register_event=success

Yang ni bayaran RM35. Open untuk Oktober sahaja kalau tak silap. Apa2pun check di website ya. Manatau masih sempat register 😁

Cara submit sama ja macam dalam 42Run, cuma submit di website spreen tu la. 

Boleh difahami setakat ni?

So, kalau ada soalan, sila letak di komen. Nanti Mami jawab kalau tau ya. 



Last but not least, kalau rasa info ni best, tolong share kepada kawan2 lain supaya sama2 kita sihat sambil kejar medal cute-cute. 





Selamat ber-VR!




Pengalaman pertama menderma darah.

$
0
0
pengalaman derma darah
Pengalaman derma darah 


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Saja je nak coretkan kenangan sendiri apabila pertama kali menderma darah. 

Masa zaman belajar dulu tak lepas nak derma darah sebab masalah berat badan tak mencukupi. Selepas tu pulak tak pernah ada kekuatan untuk menderma. Macam-macam ada dalam fikiran. Tak pasti pula apa yang ditakutkan.

Pada tanggal 12 oktober 2018, ada event pameran kerjaya zon Sabah di politeknik Kota Kinabalu, tempat kerja sekarang la. Ada program derma darah sekali. Ada kawan nak derma darah. Datang keluatan untuk ikut serta juga.

Macam biasa la, kena isi borang. Kemudian ada sesi interview untuk pastikan maklumat yang kita isi tu betul, petugas juga nak pastikan keadaan kesihatan penderma. Seterusnya pemeriksaan paras Hb dalam darah dan juga jenis darah.

Alhamdulillah lepas untuk menderma he he. Dan nak di jadikan cerita sebagai pengalaman dan pengajaran juga buat diri sendiri!!!

Sepatutnya tidak digalakkan atau tidak boleh menderma bagi mereka yang baru hari pertama hingga hari ke-4 didatangi haid. Tapi menyangkakan bukan haid atai sekadar spots je sebab memang wanita yang menggunakan implanon sebagai perancang keluarga mengalami masalah haid yang tidak teratur. 


Mami berkeras nak derma juga. Maka keesokannya mami pening dan loya dan lebih memburukkan keadaan apabila gastric turut menyerang selepas muntah. Memang pengalaman betul lah ni ha ha.

Padan muka mami kan sebab tak ambil endah kriteria untuk menderma. Tapi pengalaman ini bukan la membuatkan mami serik nak menderma. Insyaallah sebagai pengajaran saja di masa akan datang dan buat kaum hawa lain yang nak menderma darah juga he he.


Kriteria Penderma Darah Dan Aferesis

Sebelum layak mendaftar diri sebagai seorang penderma,darah, seseorang bakal penderma perlulah memenuhi beberapa kriteria asas berikut:

Penderma Darah Penuh ( Whole Blood ):

  • Berumur di antara 18 hingga 60 tahun (jika berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa/penjaga)
  • Berat badan melebihi 45 kg.
  • Sihat fizikal dan mental serta tiada masalah kesihatan yang kronik.
  • Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat sebelum hari pendermaan.
  • Tidak berpuasa dan telah mendapat tidur yang cukup (lebih 5 jam) sebelum menderma darah.
  • Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi bukan warganegara Malaysia)

Bagi penderma aferesis, selain kriteria di atas, terdapat beberapa kriteria tambahan iaitu:
  • Berumur tidak melebihi 55 tahun
  • Berat badan 55 kg dan ke atas.
  • Telah menderma darah penuh     sekurang-kurang 2 kali dan pendermaan terakhir tidak lebih daripada 6 bulan.
  • Mempunyai salur darah yang sesuai ( besar dan jelas)

Kelayakan seseorang untuk menderma darah akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan atau Jururawat yang bertugas. Seseorang bakal penderma hendaklah berada pada tahap kesihatan yang baik bagi memastikan proses pendermaan darah tidak akan memudaratkan penderma dan darah yang didermakan juga tidak akan memudaratkan pesakit yang bakal menerima darah tersebut. Pihak tabung darah menjalankan prosedur yang ketat dalam pemilihan penderma bagi menjamin kualiti darah. Selain tahap kesihatan yang baik, penderma daripada kalangan mereka yang mengamalkan cara hidup berisiko tinggi adalah DILARANG sama sekali untuk menderma darah. Ini termasuklah penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan, mereka yang terlibat dalam kegiatan pelacuran atau melanggani pelacur, dan mereka yang mengamalkan perhubungan seks sejenis atau bertukar-tukar pasangan seks.

Pendermaan darah perlu dibuat dengan rasa tanggungjawab untuk membantu para pesakit. Oleh itu, semua bakal penderma hendaklah jujur semasa menjalani sesi kaunseling sebelum menderma. Keengganan berbuat demikian hanya akan menambahkan risiko kepada pesakit yang berkemungkinan menerima darah yang tercemar.


Proses Pendermaan Darah

  • Penderma perlu mengisi borang/kad pendaftaran pendermaan darah.
  • Menimbang berat badan
  • Menjalani ujian darah bagi mengenalpasti kumpulan darah dan kandungan hemoglobin darah.
  • Menjalani sessi kaunseling dengan Pegawai Perubatan / Jururawat.
  • Pendaftaran dan penderma diberikan buku penderma darah.
  • Seterusnya, proses menderma darah yang mengambil masa di antara 7 – 15 minit.
  • Selepas selesai pendermaan dan jarum dikeluarkan, penderma perlu berehat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bangun.
  • Penderma akan dihidangkan dengan makanan / minuman ringan

Nasihat Kepada Penderma Selepas Menderma

pengalaman derma darah
Debaran masa nak masuk jarum je ha ha
  • Selepas menderma,penderma dinasihatkan berehat di katil menderma darah selama sekurang-kurangnya 10 minit. Selepas itu, bolehlah bangun daripada katil sekiranya tiada apa-apa masalah seperti loya, pening, kepucatan atau rasa hendak pitam.
  • Penderma juga digalakkan mengambil minuman dan makanan yang telah disediakan selepas menderma.
  • Dinasihatkan meminum banyak air selepas dalam tempoh 12 jam selepas menderma menderma Ini adalah untuk mengembalikan cecair yang hilang semasa pendermaan darah.
  • Jangan mengambil minuman beralkohol untuk beberapa jam selepas menderma.
  • Jangan mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti berat seperti payung terjun, menyelam, berenang mendaki gunung serta sukan lasak dalam tempoh 24 jam selepas menderma

4 Vitamin Yang Mampu Mengurangkan Nafsu Makan Secara Semulajadi

$
0
0
diet sihat shaklee
Vitamin kawal nafsu makan

Assalamualaikum

Ada kah makanan atau vitamin yang membantu mengurangkan selera makan???
Jom kita tengok!!

Selain pengambilan diet harian seperti protein, karbohidrat, dan lemak, kita juga perlu mengambil makanan tambahan lain seperti vitamin dan mineral. Vitamin punya peranan penting dalam menyokong agar tubuh kita berfungsi sebagaimana mestinya. Kurangnya pengambilan vitamin tertentu memberi kesan terhadap tubuh kita, bahkan memicu beberapa masalah kesihatan .
Selain peranan pentingnya, vitamin tertentu sebenarnya mempunyai keupayaan untuk menyokong diet anda. Antara lain dengan cara mengurangkan nafsu makan, meningkatkan metabolisme, untuk memainkan peranan dalam mengurangkan tahap lemak badan.

Vitamin Ini Bukan Hanya Membantu Fungsi Tubuh Anda. Mereka juga mampu mengurangkan nafsu makan secara semulajadi!

Jadi, vitamin apakah yang memberi kesan dalam diet harian kita?

1. Asid Lemak Omega-3 bukan sekadar baik untuk jantung, malah membantu mengurangkan nafsu makan.
Omega guard shaklee mengandungi omega 3 dan DHA

Salmon yang kaya Omega-3 
Makan makanan kaya Omega-3 dapat membantu mengurangkan selera makan anda dengan ketara. Anda juga tidak mudah lapar.
Bukan hanya itu, Omega-3 juga baik untuk menyokong kesihatan sistem kardiovaskular dan saraf, meningkatkan mood dan fungsi kognitif, dan menjadikan kulit anda lebih segar, mendapatkan asid lemak Omega-3 dari ikan laut seperti sardin, tuna dan salmon.

Asid lemak omega 3 boleh juga diambil dengan suplemen Omega Guard Shaklee.

2. Vitamin B kompleks bagus dalam mendapatkan berat badan ideal.

Vitamin B complex


Mendengar nama vitamin B kompleks “eh vitamin apakah ni? Penting ke?”. Tak ramai yang perasan bahawa vitamin B kompleks merupakan satu kepentingan dalam diet seharian. Vitamin B seperti B1, B3, B5, dan B6 mampu mengubah rasa menggoda terhadap makanan supaya diabaikan.
Vitamin B3 menjadi komponen dalam mengatur toleransi glukosa dan menstabilkan kadar gula dalam darah, seterusnya dapat mengawal nafsu makan. Vitamin B5 memainkan peranan penting dalam pengeluaran tenaga dan fungsi adrenal untuk meningkatkan kesan penurunan berat badan dalam diet.
Sementara itu, vitamin B6 menyumbang kepada pengeluaran serotonin yang membantu mengawal kelaparan. Pastikan anda mendapat cukup vitamin B dengan memakan daging, bijirin penuh, dan kacang.


3. Vitamin C bukan sekadar mencantikkan kulit, malah bantu mengurangkan nafsu makan dan mencegah ketagihan makanan.

vitamin cantik shaklee
vitamin C sustained release


Seperti vitamin B6, vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran serotonin yang mengawal kelaparan. Malah suplemen vitamin C yang juga mengandungi kalsium dan magnesium boleh membantu mencegah ketagihan makanan. 
Vitamins C boleh didapati setiap hari dengan memakan buah-buahan seperti limau, limau gedang, kiwi, dan sayur-sayuran seperti cili, brokoli, bayam, tomato, dan kekacang.

Anda juga boleh cukupkan keperluan vitamin C dengan menambah Vitamin C shaklee dalam diet harian yang bersifat sustained release dimana ia boleh bertahan dalam badan selama 5 jam dengan kandungan 500mg satu tablet.


4. Kekurangan pengambilan vitamin D juga mempengaruhi rasa lapar.

vitamin D shaklee
vitamin D


Nak dapatkan vitamin D dengan berjemur, perlu berjemur sebelum jam 10 pagi tau.
Menurut kajian, kekurangan vitamin D membuatkan kita cepat rasa lapar. Tahap vitamin D yang rendah dikaitkan dengan tahap leptin yang tinggi, hormon yang dapat menahan rasa lapar. 
Tahap leptin yang terlalu tinggi sebenarnya boleh menyebabkan tubuh kita tahan terhadap hormon ini, yang menyebabkan makanan kita menjadi terkawal.
Maka dengan itu, pastikan kita memperoleh pengambilan vitamin D yang mencukupi dari susu dan yogurt yang telah diperkaya, kuning telur, dan ikan lemak seperti salmon. Tambahan, rajin-rajinlah berjemur setiap pagi!


Sekiranya rasa susah nak dapatkan keperluan vitamin D, boleh dapatkan dengan pengambilan ostematrix shaklee yang lengkap dengan vitamin D.

AWAS!! JANGAN BASUH TELUR AYAM SELEPAS BELI UNTUK DISIMPAN

$
0
0
Sentimen rakyat Malaysia adalah setiap kali membeli telur ayam wajib di basuh dahulu sebelum disimpan.


bahaya simpan telur dah dibasuh
Basuh dan memberus telur ayam tidak menjadikan ianya selamat


Salah faham majoriti orang kita terutama sekali Muslim iaitu merasa geli dan kotor dengan telur mentah yang terdapat di pasaran berikutan terdapat najis haiwan tersebut. Ada pula yang menyimpan telur di dalam peti sejuk, memikirkan kekotoran yang terdapat pada kulit telur tersebut dan bimbang akan merebak ke makanan lain yang ada dalam peti sejuk itu, maka telur tersebut dicuci terlebih dahulu.


Membasuh telur dengan cara memberus dan sabun menjadikan telur itu lebih terdedah kepada bakteria.

Menyimpan telur dalam peti sejuk boleh menjangkan jangka hayat telur. Dengan syarat telur yang nak disimpan tak boleh dibasuh terlebih dahulu.



Telur Mengandungi " Protective Bloom"

Telur secara semulajadinya diciptakan oleh Allah memang mengandungi "Protective Bloom" dimana ianya melindungi telur ayam daripada Bakteria Salmonella dari masuk ke dalam telur ayam. Lapisan perlindungan ini juga melindungi anak ayam daripada dijangkiti bakteria Salmonella. Jadi, bayangkanlah apabila kita mecuci telur ayam yang kita beli tadi, maka hilang lah lapisan perlindungan yang memang secara semulajadinya ada pada telur tersebut. Tambahan apabila kita mencuci telur menggunakan berus dan sebagainya, ibarat kita membuka liang pori yang terdapat pada kulit telur itu. Kita sebenarnya telah membuka ruang untuk bakteria Salmonella menembusi telur ayam yang kita cuci tadi.

Kalau di luar negara seperti UK dan UE, telur yang telah dicuci diharamkan untuk dijual. Tetapi oleh kerana ramai yang mempunyai perasaan jijik terhadap kotoran pada telur itu, menyebabkan ada pihak mencuci dan menyembur dengan bahan lain supaya nampak bersih dan berkilat. [rujukan]


jangan basuh telur yang dibeli
telur ayam


Apakah itu Salmonella?




Salmonellaadalah sejenis bakteria jahat yang biasanya hadir dalam bekalan makanan seperti ayam, tomato, guacamole, kacang tanah dan juga terdapat dalam makanan haiwa.Habitatnya subur dalam usus haiwan dan manusia yang boleh menyebabkan keracunan makanan kepada manusia. Sekiranya terkena jangkitan penyakit disebabkan oleh bakteria ini boleh membawa kepada risiko kematian. Namun begitu, kita boleh melindungi diri kita dari terkenan jangkitan dari bakteria jahat ini dengan amalan kebersihan yang betul.

Di manakah Bakteria Salmonella terdapat?

Bakteria salmonella boleh didapati dari sumber makanan yang berasaskan sumber haiwan dan tumbuhan sepperti susu, daging, telur, produk tenusu, ayam dan makanan laut dan juga beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan. Oleh itu kita memang tidak digalakkan mengambil makanan  separa masak atau tidak masak sepenuhnya seperti telur separuh masak. Memakan telur seperuh masak yang merupakan menu kegemaran di kebanyakan kedai makan dan restoran boleh mengundang kepada keracunan makanan yang kebarangkalian berpunca daripada bakteria Solmanella yang terdapat apa telur.



Bagaimana membasmi bakteria Salmonella?



Masak terus telur yang telah dibasuh
Memasak telur dengan sempurna sememangnya mampu membunuh bakteria. Walaubagaimanapun membasuh telur yang merupakan satu malan yang baik, namun ianya bukanlah kaedah terbaik yang mampu membasmi bakteria Samonella terutama semasa wabak. Adalah lebih baik hindari makanan ini sekiranya terdapat amaran dari Kementerian Kesihatan kerana dikhuatiri tercemar  tidak kira ianya dimasak ataupun tidak. Maka jalan terbaik adalah elakkan terus.


Elakkan Telur yang pecah dan kotor.



Bakteria dari najis ayam yang melekat di permukaan kulit telur ayam boleh masuk melalui rekahan yang tidak terlihat dengan jelas oleh mata kasar kita. Adalah sangat merbahaya sekiranya bakteria telah masuk ke dalam telur, kita boleh mendapat risiko jangkitan penyakit yang sangat teruk. Oleh itu, sentiasa perhatikan telur, terus buang telur yang terdapat kesan retak walaupun sedikit ini kerana ia mungkin nampak besih dan tiada apa-apa pada pandangan kita.



TIPS MEMBELI DAN MENGURUSKAN TELUR 

Apabila hendak membeli telur, cuba ikuti langkah berikut :

1.Buka bekas telur dan perhatikan semua telur yang ada, sekiranya ada kesan retak, jangan ambil.
2. Elakkan membeli telur yang tiada ditulis tarikh luput. Setiap telur yang dijual ada tairkh "Baik sebelum". Kemungkinan telur yang tiada tarikh luput ditukar dari bekas asal yang tidak diketahui jangka hayatnya.
3. Telur yang lebih besar mempunyai kulit yang lebih nipis berbanding terlur yang lebih kecil. Kebarangkalian telur berkulit nipis untuk retak dan rosak adalah lebih tinggi.
4. Sekiranya ada telur dan kotor dan retak, adalah lebih baik dibuang terus. Membasuhnya tidak menjadikan ianya selamat.
5. Jangan basuh telur sekiranya ingin menyimpan. Telur yang dah dibasuh bukannya menjadikan ianya bersih dan selamat malah telah dihilangkan lapisan "Protective Bloom". Pabila dibasuh, lapisan kulit telur liang pori dan menjadi lembap serta memudahkan bakteria memasuki telur tersebut. Tetapi sekiranya nampak jelas kesan najis pada kulit telur, basuh dan simpan berasingan (gunakan telur yang telah dibasuh terlebih dahulu berbanding telur lain)
6. Kekalkan telur dalam bekasnya sekiranya ingin menyimpan dalam peti sejuk. Sebaliknya pastikan juga makanan lain berada dalam bekas bertutup dalam peti sejuk untuk menjaga telur dan juga makanan lain dalam peti sejuk.
7. Simpan telur dalam bekas khas dan letak bahagian dalam peti sejuk bagi mengurangkan perubahan suhu apabila peti sejuk dibuka dan tutup.  


rujukan :

1.wash-your-chickens-eggs
2.how-to-store-eggs-safely
3.refrigerating-chicken-eggs
4.telur-tak-boleh-dibasuh-dan-disimpan-dalam-peti-sejuk

TRAVEL KE BRUNEI MELALUI JALAN DARAT

$
0
0



Assalamualaikum.

Brunei
Masjid Omar Ali
Baru ada kesempatan nak tulis sharing travel ke Brunei melalui jalan darat. Oleh kerana telah bermastautin di Kota Kinabalu, maka peluang keemasan ni jangan dilepaskan. Berada di Kepulauan Borneo, adalah lebih mudah dan jimat untuk travel ke Brunei melalui jalan darat sahaja.


Pas kenderaan - VES



Perkhidmatan ini disediakan oleh Jabatan Kastam dan EKsais Diraja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi permohonan kebenaran membawa keluar / masuk kenderaan melepasi sempadan. Lebih memudahkan pelancong yang ingin memasuki Brunei dengan kenderaan sendiri. Selesaikan pendaftaran pas kenderaan melalui secara talian. hanya perlu cetak QR kod dan imbas di kaunter imegresen sahaja nanti.

Link untuk mohon VES

Perjalanan dari Kota Kinabalu.


Senarai checkpoint dari Kota Kinabalu ke Brunei

Imegresen Sindumin, Sabah 
Imegresen Merapok, Lawas
Imegresen Mengkalap, Lawas
Kastam Labu, Brunei
Imegresen Puni Temburong, Sarawak
Imegresen Panduran, Sarawak
Imegresen Tedungan, Sarawak
Imegresen Kuala Lurah, Brunei



Kami memulakan perjalanan dari rumah di Sepanggar seawal jam 7.15 pagi (rancangan asal selepas subuh he he).
Perjalanan dengan kereta melaui Putatan, Papar dan Beaufort untuk sampai ke pekan Sipitang mengambil masa 3 jam. Perjalanan dengan kereta di sabah bukan seperti melalui jalan Highway di Semenanjung yang dilengkapi dengan hentian rawat dan rehat. 


Perjalanan dari Sepanggar, Kota Kinabalu ke Sipitang mengambil masa 3 jam. Menikmati pemandangan dan melalui pekan pekan terdekat. 
Singgah di pekan Sipitang untuk basahkan tekak. Asalnya kami setkan KFC sebab tau mesti ada kat pekan kan. Tapi kami mencari kedai makan biasa yang ada sekitar pekan sebab bawa ayah yang sememangnya nak cari teh panas untuk hilangkan mengantuk, maka singgahlah kat sebuah kedai makan seberang jalan dari restoran KFC.

Check point pertama dan kedua.


Selesai minum dan makan sedikit kuih. Perjalanan diteruskan. Terus ke check point pertama iaitu hentian pejabat imegresen Sindumin,(Lawas, Sabah) dan Merapok(Sarawak). Dalam satu bangunan yang sama ada imegresen untuk Negeri Sabah dan juga Sarawak. Pemeriksaan dan cop passport atau pas masuk ke Sarawak. Jadi kat sini setel terus check point 1 dan 2.

Check point ke 3 dan 4


Hanya melalui sahaja pekan lawas, Sarawak. Kemudian ke pejabat imegresen Mengkalap. Perlu cop passport sebagai tanda keluar dari Sarawak. Perjalanan dengan kereta dari Imegresen Sindumin-Merapok ke ICQS mengkalap mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Seterusnya perlu teruskan perjalanan dan ke bangunan imegresen Labu,Negara Brunei pula. Di sini perlu cop passport untuk memasuki brunei. Kemudian perlu daftarkan kenderaan untuk memasuki negara brunei. Kami telah daftar melalui online (VES - vehicle entry system) dan print QR code dan scan sahaja di laluan pemeriksaan. Tapi jangan lupa untuk bawa geran asal kenderaan yang dibawa sebagai langkah keselamatan sekiranya ada pemeriksaan dilajankan.

Cop passport ni secara drive thru je, Alhamdulillah tak terlalu cerewet sehingga memerlukan setiap orang untuk turun dari kenderaan. Tunggu je dalam kereta sehingga siap semua passport tadi diperiksa oleh pegawai keselamatan tersebut.


Check point ke 5 dan 6



Kita baru je keluar dari Brunei kecil, dalam peta la he he. Lepastu kena teruskan perjalanan merentasi Daerah Limbang, Sarawah. Jarak perjalanan memakan masa 45 minit lenih kurang. checkpoint ni untuk cop keluar dari limbang Sarawak dan memasuki pos Kuala Lurah, Brunei. Selepas cop masuk Brunei baru la boleh cari Tempat nak dituju dalam negara Brunei ni he he.


Hari Pertama 


Hari pertama sampai ke negara Brunei, kami hanya merehatkan badan setelah hampir separuh hari berada dalam kereta bagi menepuh perjalanan yang panjang. Menikmati suasana inap desa di sini he he.

Homestay.


Alhamdulillah, mami dah book awal pennginapan di sekitar Bandar Seri Begawan  melalui Aplikasi AirBnB. Apartmen 3 billik tidur dan lengkap dengan peralatan memasak. Sesuai untuk ahli rombongan yang ramai macam kami. Homestay ni terletak di Jalan Gadong. Hanya mengambil masa 5-10 minit dengan kereta ke pasar malam gadong.

Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan dilengkapi dengan kipas dan juga penghawa dingin di setiap bilik termasuk ruang tamu. Mempunyai satu bilik air.

Terrace Apartment di Jalan Gadong 

Ruang Makan dan hall

Ruang tamu

ruang yang selesa untuk seisi keluarga

Bilik tidur ke-2

Bilik tidur 1

Bilik tidur utama lebih luas dan disediakan tilam ekstra.

Ruang Dapur dan lengkap dengan peralatan asas memasak.

Veranda


Sebelah petang baru kami keluar dari homestay untuk mencari makan malam. Walaupun ada bawa bekal dan bahan untuk masak, tetapi hati teringin merasai menu di Brunei

Pasar malam gadong.

Pasar gadong ni antara tempat tumpuan  orang tempatan dan juga pengunjungyang datang ke Brunei untuk mencari menu tempatan dan makanan basar atau kering dengan harga serenda 1 Dolar Brunei.


Kompleks Pasar Malam Gadong

Teruja mencari makanan

Menu dengan harga satu dolar

Durian, sebenarnya banyak dari Sipitang he he

Minuman kesukaan anak-anak

Boleh tengok sendiri hidangan menu nasi katok yang berharga 1 Dolar Brunei. Mee sup tulang dalam mangkuk yang besar dengan harga 6 Dolar. Antara menu pilihan pengunjung ke Brunei juga ni, mee sup tulang.
Sup Tulang, sup daging, Sup kambing

Mee sup tulang/ daging

Menu pilihan.

Hari Kedua


Hari kedua di Brunei jatuh pada hari minggu iaitu hari Ahad. Kami keluar dari tempat penginapan untuk ke Kampung Ayer, malangnya boleh dikatakan semua jalan dalam bandar ditutup untuk laluan kenderaan bermotor bagi memberi laluan untuk aktiviti, larian dan juga berbasikal.

Maka destinasi kami yang pertama ialah pasar yang kami sendiri tak pasti namanya ha ha. kami terus je masuk dan mencari makan pagi di sini.


Juanlan sayur dan buah-buahan di pasar pagi

Nasi randang daging dengan harga 1 Dolar.



Muzium Teknologi Melayu


Setelah mengisi perut di pasar pagi, kami keluar menuju ke Muzium Brunei, Malangnya muzium tersebut telah ditutup kepada orang ramai lebih kurang 4 tahun lalu. Tapi dalam carian di blog tak pula dinyatakan hal ini. mungkin ada yang datang seblum tu atau tidak memilih muzium sebagai salah satu tempat lawatan.

tapi perjalanan kami tidak lah begitu mengecewakan kerana, Muzium Teknologi Melayu tidak begitu jauh dari muzium yang telah ditup ini.


Muzium Teknologi Melayu

penempatan melayu lama

rumah dari buluh

ruang dalam muzium

Kampung Ayer 


Kampung ayer, merupakan salah satu tarikan pelancongan di sini. Sebuah perkampungan yang besar di atas air tetapi sangat lengkap dengan semua kemudahan. Walaupun perkampungan ini di atas air, tetapi semua kemudahan asa adalah lengkap dan sangat tersusun.

Semua fasiliti seperti masjid, sekolah dan sebagainya adalah lengkap.


Mercu Jeti Kampong Ayer

Salah satu mercu 

Menyusuri Kampung Ayer dengan bot tambang
Kami memilih pakej untuk menyusuri sungai sehingga ke kawasan hutan paya bakau untuk melihat sendiri spesis haiwan liar yang mendiami kawasan tepi sungai ini iaitu monyet belanda yang sememangnya terkenal di kepulauan Borneo.

Monyet Bekantan atau monyet belanda

Menikmati flora dan fauna



Kedai Cenderahati.



Adat apabila kita melawat tempat orang, mesti kita nak beli sesuatu sebagai tanda ingatan bahawa kita dah pernah sampai tempat tu kan. Kedai cenderahati ni terletak seberang jalan dengan jeti bot tambang untuk melawat kampung Ayer tadi. Maka selesai ja sesi merentasi sungai terus menyeberang jalan untuk ke kedai cenderahati.

Barangan biasa sahaja yang kami beli seperti baju T-shirt yang bertulis I love Brunei dan juga topi serta "fridge magnet". 
dalam kedai


Kedai Cenderamata.


Masjid Sultan Omar Ali

Selesai membeli cenderamata setelah hampir tengah hari. Kedai makan sebelah kedai cenderamata ni dah tutup. Maka kami ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke Kompleks Yayasan Haji hasanal Bolkiah. Dalam kompleks ni terdapat lot kedai dan juga ada ruang food court. Jadi kami sekeluarga menikmati makan tengah hari di sini saja. Terdapat berbagai menu tempatan dan juga menu lain juga seperti menu semenanjung. Maaf tiada gambar saya sertakan sebab dah lapar maka terlupa nak gambarkan he he. Jangan marah ye.


Masjid SultanOmar Ali

Bergambar kenangan depan masjid

Selfie tengah panas

Dari food court boleh nampak masjid Sultan Omar Ali. Selesai isi perut, terus berjalan kaki ke Masjid Sultan Omar Ali untuk menunaikan solat zuhur dan juga sesi lawatan ke Masjid yang cantik seni binanya ini. Dalam masa yang sama boleh juga menyaksikan cara akad nikah yang diadakan serentak disini. 

Ada dua jembatan bengkok untuk masuk menuju masjid ini, juga ada sebuah terowong yang biasa digunakan Sultan untuk menuju ke pusat kota.



Istana Nurul Iman


Selesai menunaikan solat zuhur di masjid Sultan Omar Ali, kami meneruskan perjalanan ke Istana Nurul Iman untuk bergambar di Perkarangan pintu utama Istana Nurul Iman yang merupakan kediaman Rasmi Sultan Brunei.

Istana Nurul Iman

Bergambar kenangan

Jerudong Park


Taman tema Jerudong merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi sekiranya datang bersama keluarga. Pastinya menjadi tempat yang bakal diingati oleh anak-anak.
 
Senarai harga tiket

bulatan Jerudong


Tag Jerudong park

Map jerudong park

budak sedih tak dapat main bumper car

tasik

pusing dengan train

Melihat persekitaran
Jerudong park ada 2 bahagian iaitu mainan biasa dan juga mainan air. Sila bawa pakaian persalinan supaya dapat main dalam kawasan taman tema air. Harga tiket juga berbeza. Lagi bagus ambil pakage kombo. Bagi kami yang hanya datang sekejap saja, hanya pusing luar kawasan taman tema air dengan menaiki train je la.
Jerudong wet land 

Masjid Sultan Hasanal Bolkiah


Keindahan senibina Masjid Hassanal Bolkiah yang juga Masjid terbesar di Brunei ini didirikan tahun 1988 dan dibuka dengan rasminya untuk umum pada 1994.
Terdapat 29 kubah emas menghiasi masjid ini. Dua kubah emas besar dan 27 buah kubah penutup menaranya yang mengelilingi bangunan utama.


Pintu pagar utama Masjid

Kubah Masjid Hassanal bolkiah

Dewan solat

Tangga untuk naik ke dewan solat utama

Hiasan air pancuran dan lampu dalam masjid




KINABALU CHALLENGE 2019

$
0
0

Gunung Kinabalu Pengalaman yang sukar dilupakan.

Kinabalu 2019


Semua perasaan bercampur aduk. Terlalu teruja untuk melihat sendiri keindahan ciptaan Allah. Gementar dengan apa yang bakal aku tempuhi sepanjang perjalanan mendaki. Sebelum mendaki ni memang selalu buat latihan hiking di bukit sekitar politeknik. Tapi pendakian bukit tu cuma memakan masa 20 ke 30 minit sahaja. Jarak perjalanan pula hanya satu kilometer sahaja.

kinabalu 2019
Pas perjalanan suami

kinabalu 2019
Pas perjalanan aku

Yuran Pendakian

Setiap pendaki mesti berdaftar dan perlu membayar permit pendakian serta bayaran makan dan penginapan. Pakage yang kami ambil ialah pakage berkumpulan seramai 25 orang peserta dan bayaran setiap orang ialah RM350 termasuk bayaran penginapan, permit kebenaran mendaki, makan di Laban Rata dan juga pengangkutan dari Kinabalu Park ke Timpohon Gate.  
kinabalu 2019
Beg Pakaian aku dan suami berat 10kg

Bayaran Porter

Oleh kerana kami adalah pendaki amatur, maka kami memilih khidmat porter untuk membawa beg kelengkapan atau pakaian kami sehinggan ke Laban Rata dan turun semula ke Timpohon Gate. Bayaran Khidmat ini ialah RM13 per kilogram untuk naik dan turun. Jadi aku dan suami bayar RM130 untuk beg pakaian kami. Kami hanya membawa beg bekalan makanan dan kelengkapan pertolongan cemas untuk diri sendiri sahaja. Beg bakalan pun dah 4kg seorang sebab berat air kan.

kinabalu 2019
Menaiki bas sewa khas dari Politeknik ke Kinabalu Park


2019
Bergambar kenangan sebelum memulakan pendakian

Sesi taklimat bersama Guide


Selepas sesi taklimat bersama guide, kami bergambar kenangan dulu. Masa perjalanan nanti belum tentu dapat bergambar semua sebab ada yang laju dan ada yang sederhana, ada pula kategori perlahan. Biasanya akan ada 3 kategori la kan.

Guide ingatkan tentang pemaikaian tanda nama kami sebagai pengenalan sepanjang pendakian 2 hari satu malam ini. Panduan pendakian dan juga Cut Off Time. Pendaki tidak boleh sampai terlalu lambat ke Laban Rata.
Kinabalu challenge
Peta pendakian Gunung Kinabalu
Kinabalu 2019
Memulakan pendakian 

Masa Pendakian


Kami memulakan pendakian Jam 10 pagi. Kami merupakan kumpulan pertama yang mendaftar tetapi menjadi kumpulan yang terakhir yang mulakan masa pendakian. Pendakian boleh dimulakan seawal jam 8 pagi ye. Kaunter Kinabalu Park buka jam 8.

Pendaki perlu mengikut ketetapan masa pendakian iaitu tidak boleh sampai ke Laban Rata melebihi jam 6 petang kalau tak salah saya. Kalau sampai terlampau lewat atau hampir Jam 6, guide kan pastikan stamina pendaki dulu sebelum membenarkan pendaki untuk mendaki ke puncak esok pagi.

Jom kita layan gambar trail pendakian.
Kinabalu 2019
Trail bertangga bikis panas hati


Kinabalu 2019
0.5 km dari Timpohon

Kinabalu 2019
Pondok Kandis

 

Kinabalu 2019
1.0 km dari Timpohon
Kinabalu 2019
Pondok Ubah


Kinabalu 2019
1.5 km dari Timpohon
Kinabalu 2019
2.0 km dari Timpohon

Kinabalu 2019
2.5 km dari Timpohon

3.0 km dari Timpohon

3.5 km dari Timpohon
Kinabalu 2019
Pondok Layang-layang

Pondok layang-layang terletak selepas 4 km perjalanan dari Timpohon. Di sini merupakan pondok perhentian bagi pendaki untuk berhenti rehat dan makan. Pondok perhentian yang lain tidak digalakkan untuk berhenti lama. Sekadar meregangkan kaki atau berhenti membuang air sahaja.

Kinabalu 2019
Hujan 

Kinabalu 2019
Hujan dalam perjalanan

Kinabalu 2019
4.5 km dari Timpohon

Kinabalu 2019
Pondok Villosa

Kinabalu 2019
Pondok Paka

Kinabalu 2019
600 m ke Panalaban


Kinabalu 2019
300 m to Panalaban
Kinabalu 2019
Lunch box kami yang kami tempah

Selepas Pondok Paka tu aku dah tertinggal keretapi tau. Suami pula ingat dia yang tertinggal selepas keluar dari toilet tak nampak orang, maka dia meneruskan perjalanan tanpa sedar isterinya dah tertinggal kat belakang hu hu.
Masa 300 meter sebelum sampai Panalaban tu dah mula rasa kepala berdenyut. Nasib ada Guide seorang ni sampai. aku siap tanya soalan bodoh lagi, berapa jauh lagi nak sampai sedangkan ada papan tanda kot kat situ. Lepastu nak sedapkan hati, tanya pula berapa masa untuk sampai kat Laban Rata tu? Guide jawab "kalau saya 5 minit la, kalau kamu 15 minit!"
Aku siap arahkan guide tu jalan belakang aku sebab masa tu memang dah sakit kepala dan rasa nak merangkak je dari situ. Penat sangat tau. Muka pun dah berkerut sangat bila bergambar pun.

Kinabalu 2019
Guide kami En Johny

Kinabalu 2019
Bangunan Hostel
Dah nampak bangunan hostel, tapi Lemaing Hut di belakang Bangunan ni. Masyaallah, rasa nak duduk terus je. Penat sangat, andai aku boleh terbang ha ha

Kinabalu 2019
Bilik Hostel Lemaing Hut

AMS (Altitude sickness)

Sampai je bilik hostel, suamiku tengah rehat atas katil. Dia sampai dalam 20-25 minit sebelum aku. Memang terus bagitau suami, aku sakit kepala. Terus buka kasut dan baring je. Aku sampai jam 3.45 macam tu. Heater kat bilik hostel pun belum "on" lagi. Rasanya pihak hostel buka jam 4.30 petang. Nasib baik ada cerek elekterik, suami masakkan air dan bagi aku mandi dulu. Lepas mandi sambung baring lagi sebab sakit kepala mengcengkam. Rasa nak muntah dan memang aku muntah pun sampai 3-4 kali juga. Lembik rasa badan. Itulah dia Simptom AMS (altitude sickness). Telan Panadol "acitve fast" pun tak jalan. Kawan bagi pula "pil AMS", pun sama hu hu.



Kinabalu 2019
Dinner di Laban Rata Restoran

Dinner bermula jam 4.30 petang. Paksa diri untuk ke restoran ni. Makan je semua yang ada tu sebab dah termasuk dalam yuran ok. Tetapi air minum kena beli. Satu Jug RM5. Aku memang tak mampu nak telan apa, hanya mampu kunya buah tembikai je. Itu pun aku muntah juga lepas tu. Suami belikan kopi panas, harga untuk satu Mug RM12 ye. Kawan suruh telan pula Pil Panadol Extend supaya kurag sakit badan sebab mendaki dan kurang lengoh-lengoh badan untuk sambung pendakian ke puncak esok pagi.

Tidur.


Semua pendaki digalakkan tidur awal untuk mendapatkan rehat yang cukup. Kami perlu bangun seawal jam 1.30 pagi untuk makan sebelum bertolak ke puncak. aku pula tidur dalam keadaan perut yang sangat lapar sebab tak mampu nak telan makanan langsung. Alhamdulillah, kurma adalah penyelamat aku. Setiap kali terjaga, aku akan ambil 2 biji kurma untuk kurangkan rasa perut pedih sebab lapar. Bila bangun jam 1.30 pagi je sakit kepala dah hilang. Cuma aku kurang pasti bahawa aku cukup bertenaga untuk mendaki ke puncak. Tapi sebab matlamat aku adalah mendaki sampai ke puncak, maka doa dan tawakkal je la.

Kinabalu 2019
Selfie jam 2 pagi
Lepas makan pagi, walaupun perut masih tak boleh terima makan lagi. Mapu minum kopi O jan. Ada sesi taklimat sebelum pendakian ke puncak. Maca biasa, ada Cut Off Time. Tak boleh terlalu lewat sampai ke checkpoint sayat-sayat, kalau tak tak boleh ke puncak. Takut lambat sangat, panas!!!

Kinabalu 2019
KM 8, rasa nak stop kat sini je...semput
 Masa ni baru lepas azan subuh rasanya. Memang rasa nak give up je hu hu

Kinabalu 2019
Matahari mula menyinar

Kinabalu 2019
Cubaan selfie

Kinabalu 2019
Puncak Low Peak
Dah nampak puncak Low Peak, tapi rasa nak patah balik je sebab memang dah kekurangan tenaga betul. Nasib baik ada Guide yang memang penyabar dan sangat membantu. Tali tu sbagai panduan arah pendaki sebab berjalan dalam gelap.

Kinabalu 2019
Puncak Seringgit

Kinabalu 2019
Sampai juga sebelum Jam 7 pagi

Kinabalu 2019
puncak seringgit

Kinabalu 2019
view awan yang cantik

Kinabalu 2019
Sayat-sayat Hut, tempat checkpoint

Kinabalu 2019
Tangga seribu yang kami panjat dalam gelap tadi

Kinabalu 2019
view point
Masa nak turun, selepas tangga seribu tu ada tempat untuk mengambil gambar pemandangan yang cantik. Tapi aku tak mampu nak berdiri kat situ pun, rasa nak pitam je sebab gayat. Masa perjalanan balik aku terjatuh dan menyebabkan kaki terseliuh. Sengsara rasa nak berjalan turun.


Kinabalu 2019
Bergambar kenangan sebelum turun
Nak turun baru berpeluang bergambaar kat sini. Muka menahan sakit sebab kaki terseliuh. Kami mula turun jam 10.40 pagi. Alhamdulillah sampai pada masa yang ditetapkan. Tetapi perjalanan turun ke Timpohon jadi sangat perlahan disebabkan kecederaan yang aku alami. Kami tiba di bawah jam 4.50 petang. Lewat sejam daripada masa yang ditetapkan. Perlu membayar RM15/jam kepada Giude kami.


Kinabalu 2019
Turun dengan sengsara

Kinabalu 2019
Lakiku dalah Tongkatku





KELENGKAPAN YANG WAJIB ADA UNTUK MENDAKI KINABALU

$
0
0

Kinabalu
puncak

Tips Hiking - Kelengkapan hiking bagi orang pertama kali mendaki Kinabalu

Assalamualaikum.

Kalau sebelum ni aku kongsi pengalaman mendaki Gunung Kinabalu. Kali ini aku nak kongsi peralatan atau kelengkapan paling asas perlu korang sediakan sekiranya korang adalah pendaki pertama kali atau amatur seperti aku. 


Di sini aku nak kongsi sabagai panduan asas je berdasarkan apa yang aku dapat dari kawan-kawan "Hikers kental" dan juga pengalaman sendiri la.


Kasut hiking.


Kalau sebelum ni aku hiking bukit sekitar politeknik pakai kasut sukan biasa ja. Tetapi untuk mendaki Gunung Kinabalu adalah tidak digalakkan, lagi-lagi anda adalah pertama kali. kenali kemampuan kaki sendiri juga. Atas nasihat kawan-kawan dan juga melalui pembacaan, aku mencari kasut hiking yang bersesuaian. Aku pilih yang jenis "high cut" di mana secara tak langsung boleh memberi perlindungan kepada pergelangan kaki kita. Tapak kasut juga perlu maminkan peranan yang penting dalam pemilihan kasut, ini kerana kawasan puncak gunung adalah batuan. Jadi perlu mencari tapak yang mampu mencengkam permukaan batu yang licin. Seeloknya cari juga kasut jenis windproof/ waterproof. Cuaca kat puncak boleh mencapai suhu negatif, kalau kaki sejuk, boleh mengundang kepada kekejangan otot.

Tips : beli kasut saiz besar satu saiz dari saiz biasa, sebab bila turun kaki, jari kaki tidak terlalu sakit bila kena depan kasut kerana masih ada ruang. Pastikan juga kuku jari kaki dipotong kemas, dibimbangi mencederakan kuku pulak he he. Buat la pelaburan sikit la ye.
mendaki kinabalu
Kasut hiking "high cut"

Seluar hiking.


Seluar hiking pun menjadi isu ke. Terpulang kepada diri sendiri juga. Anda boleh je pakai seluar sukan biasa pun, tetapi apabila kita perlu berjalan seharian dan juga terdedah kepada cuaca yang tak menentu. Maka perlu difikirkan pakaian yang bersesuaian, iaitu jenis kain yang tahan lasak dan juga mudah kering apabila terkena hujan. Tak perlu nak cari yang mahal atau berjenama pun, aku beli dari kedai "bundle" ja dengan harga RM30 sehelai. Yang penting seluar tu selesa dan sesuai dengan keadaan untuk mendaki.


Mendaki Kinabalu
Hiking pants

Bagpack / beg sandang belakang


Bagi yang merancang untuk mendaki sambil membawa barang sendiri, perlu juga titik beratkan penggunaan beg yang sesuai. Cari beg yang sederhana dan yang ada sokongan belakang. Bagus untuk mengurangkan sakit belakang. Biasanya ada sokongan bahgian pinggang dan dada.

Kinabalu 2019
Bagpack



Bladder



Water bladder ni memang penting juga sebab letih juga nak minum air kena berhenti dan ambil botol kat beg dan buka botol ha ha. Eleh itu pun letih ke??? he he. Rasa sendiri hiking yang panjang masanya, masa tu nak buka botol pun rasa satu bebanan tau!! Jadi penggunaan water bladder ni sangat membantu la. Water bladder ni ada sampai saiz 5L tau, tapi nasihat aku ialah beli yang korang rasa mampu bawa la. 2L pun rasa sangat berat kot. Kalau beli water bladder, pastikan juga gunakan beg yang bersesuaian ye.


Mendaki Kinabalu
Bladder

Kinabalu 2019
begpack


Baju dan seluar Thermal.


Thermal T-shirt ni digunakan semasa pendakian dari Laban Rata ke Summit. Oleh kerana pendakian seawal jam 2 pagi dengan suhu yang mencapai 0 darjah, maka penggunaan T-shirt ni adalah sangat digalakkan. Bagi orang asia yang tak tahan suhu sejuk, sangat penting. T-shirt ni menghasilkan haba apabila kita banyak bergerak. boleh didapati di kedai sukan atau kedai yang menjual kelengkapan melancong ke nagara sejuk seperti Universal Traveller. Aku beli di Sport Direct je, sepasang baju dan seluar dengan harga RM79.

mendaki Kinabalu
Thermal shirt

Baju hujan / raincoat 


Baju hujan ni penting ye, kalau kena hari hujan boleh lenjun semua. Jangan biarkan diri basah dan kesejukan ye, boleh mengundang kepada demam selsema dan juga kekejangan otot. Beli yang nipis ja, sebab nak kurangkan berat. Masa kering mungkin tak terasa, tetapi lepas kena hujan dan nak lipat balik tu terasa beratnya laaaahai. Cari yang jenis macam baju kaftan tu, tak berlengan pun takpe. Kalau hujan renyai tetapi panas, terasa macam sauna pula hu hu.

kinabalu 2019
Baju hujan

Windbreaker



Windbreaker ni pakai semasa mendaki dari Laban Rata ke puncak Kinabalu. Oleh kerana pendakian seawal jam 2 pagi, cuaca amat lah sejuk. Aku pakai 3-4 lapis pakaian. Baju thermal + Tshirt + baju sejuk + windbreaker, ha ha banyak kan. Lepas tu siap beli hot pad lagi sebab nak bagi badan sentiasa panas. Ini bagi orang yang tak tahan sejuk macam aku la. Windbreaker aku pun beli dari kedai "bundle" juga dengan harga RM50. Kalau nak beli yang berjenama dan baru sangat mahal pulak pada aku. Hot pad tu boleh cari di shopee atau lazada je kalau tak jumpa kat kedai sukan.

Kinabalu 2019
Windbreaker

Kinabalu 2019
Heat pad

Sarung tangan/ Glove


Sarung tangan ni penting tau, kalau tak bawa juga maka tak dapat la daki ke puncak. Satunya adalah nak lindungi tangan dari kesejukan dan kebas. Keduanya sebab akan ada penggunaan tali sikit masa mendaki sebelum sampai ke Sayat-sayat. Untuk mendaki Kinabalu ni, sila cari sarung tangan yang jenis kalis air lagi bagus serta boleh tahan sejuk. Aku beli jenis sarungan winter tu ha ha, "confirm" tahan sejuk. Ada orang sibuk cari jenis yang boleh 'touch screen' sebab bila nak ambil gambar guna telefon bimbit tak perlu buka sarung tangan.
Kinabalu 2019
Glove

Lampu suluh atau Head lamp


Lampu suluh ni penting ye sebab nak mendaki jam 2 pagi tu memang gelap gelita. Beli je jenis yang pakai di kepala sebab tak perlu pegang. Nak mendaki susah la nak pegang. Kat kedai Mr DIY pun ada jual, tapi besar dan berat la. Jadi aku labur duit sikit beli yang mahal sikit la dari kedai sukan. 

Kinabalu 2019
Headlight

Hiking Stick/ tongkat


Hiking stick atau tongkat sakti ni terpulang kepda invidu. Mulanya aku tak begitu suka guna. Tetapi tongkat ni bertindak sebagai sokongan juga ketika mendaki atau turun bukit. Ada orang pakai sepasang, kiri dan kanan pegang tongkat. Aku pakai satu je, berguna sangat pada aku yang kaki terseliuh masa turun bukit hu hu. Boleh beli sendiri atau nak sewa dengan Kinabalu Park pun boleh juga. Ada perkhimatan sewa hiking stick ni kat sana.

Kinabalu 2019
Hiking Stick


Topeng muka/ Balaclava


Topeng muka atau penutup kepala ni terpulang kepada individu juga. Tapi sangat berguna untuk melindungi bahagia kepala dari kesejukan. Bila cuaca sejuk, angin mudah naik ke kepala, kau memang  tak tahan. Jadi memang bersedia dengan penutup kepala ni. Boleh cari ikut kesesuai dan yang penting tutup dal lindungi dari kesejukan. Sediakan juga topi "cap" sebab masa turun tu panas dan silau matahari. Atau boleh juga pakai cermin mata hitam bagi yang tak pakai cermin mata macam aku he he.


Kinabalu 2019
Balaclava

Ada yang pakai jenis kait je, aku punya jenis orang main salji

Bekalan pertolongan cemas.


Sebaiknya sediakan sendiri pertolongan cemas untuk diri sendiri sebab kita tak pasti apa akan berlaku. Sediakan yang paling basik la. Macam aku yang pertama kali ni, tak pernah hiking dalam jangka masa yang lama dan jauh. Ini yang aku bawa dan cadangkan korang sediakan juga.

Spray cramp

Ammelts yoko-yoko

Plaster luka

Bandage

Spray tu sentiasa ada dengan aku sebab risau cramp dan terpisah jauh dengan kawan-kawan, susah nak minta tolong. Bawa yoko-yoko sebagai pengganti minyak angin. Cuaca sejuk nanti minyak beku pulak he he. Plaster tu kalau melecet sebab berjalan lama kan. Bandage pula aku cadangkan bawa juga sebagai persediaan macam kes aku yang terseliuh masa turun, sengsara sangat. Bandage kurangkan bengkak sikit. Lain-lain ubatan macam panadol Actifast san juga panadol Extend tu sediakan la juga tau. Ada juga yang mencadangkan bawa serbuk "ORS" air garam masa korang cirit-birit tu. Minum untuk kurangkan masalah kekejangan otot.


 Sekian la panduan dari aku pendaki first time ni. Harap membantu orang lain juga.











MASKER YOUTH SHAKLEE UNTUK SEMUA JENIS KULIT

$
0
0


Rangkaian penjagaan kulit wajah YOUTH ditambah lagi dengan memperkenalkan masker bagi menghasilkan keputusan yang menakjubkan.

masker youth
masker

YOUTH PURIFYING CLAY MASK

Masker Clay
Youth Clay mask

Untuk Kulit Berminyak/Mudah Berjerawat

Menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Dirumus oleh bahan semulajadi, formulasi ini menyerap dan menyingkirkan pencemaran, kekotoran, dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan, memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering.

Ianya dirumus khas dari campuran tiga jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik.


YOUTH HYDRATING GEL MASK

Masker Hydrating Gel
Youth Hydrating Gel Mask

Untuk kulit yang kering.

Masker Gel yang berwarna keemasan diformulasikan untuk kulit yang lembut dan kaya dengan kelembapan yang menyegarkan bagi memberi kulit sihat secara mendalam supaya ia kelihatan terhidrat, berseri.

Gel berwarna keemasan ini diadun khas dengan asid hialuronik, jus daun aloe, dan gabungan pelbagai herba seperti Centella Asiatica dan ekstrak Chamomile.



KULIT ANDA KERING ATAU BERMINYAK??

pilih masker
pilih masker


Setiap orang memiliki kulit yang berbeza. ada yang mempunyai kulit kering dan ada pula kulit jenis yang berminyak dan mudah berjerawat.

Penting untuk kita kenalpasti jenis kulit kita untuk memilih masker yang sesuai dan juga untuk mendapatkan kesan yang optima.

masker youth shaklee
cara pakai

JOM PILIH


Clay Mask

Gel mask

Cara Penggunaan Masker Youth

petua masker






Sains disebalik Masker Youth Shaklee



DAILY ESSENTIAL SET SHAKLEE (KEPERLUAN UTAMA BADAN KITA)

$
0
0
Set Essential Shaklee

SET ASAS KEPERLUAN HARIAN SHAKLEE

Banyak nya kan, nak kena makan sampai 5 jenis(if takmau telan banyak jenis, trylah vivix)
Gabungan semua jenis vitamin ni merangkupi seluruh kesihatan tubuh badan.
Setiap satu vitamin ada tugas penting untuk fungsi yang berbeza.
Kiranya kepakaran depa dalam menyelesai kan masalah kita tu berbeza.
 

NAK KULIT sihat, putih, gebu tanpa kesan parut lama amalkan ESP yang sangat sedap dan kaya dengan kalsium and protein.

Protein soya ni boleh bantu mengurangkan kolesterol.
Untuk bagi kesan penurunan terhadap kolesterol darah,kita disyorkan ambik protein 25 g sehari.

NAK jantung,otot,tulang dan sendi sihat amalkan asid lemak  omega 3 yang ada dalam OMEGA GUARD.

Mempunyai gred farmaseutikal : maksudnya mempunyai kesan yang sangat significant bila kita ambik setiap ari.
Walaupun dia sejenis vitamin tapi kesan dia seperti makan ubat. Sangat cepat! Boleh monitor tahap kesihatan darah dan jantung hampa setiap hari.
 NAK kulit peloles tanpa jerawat jangan lupa makan vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.
 NAK badan sentiasa bertenaga dan elak stress cubalah try vitamin paling murah dan HARGA MAMPU MILIK (tiada GST). 

Vitamin B ni penting sebab berfungsi untuk membantu tukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.

Penting tau sebab bila makanan tersimpan, lama-lama jadik terlebih gula dalam darah.
Kalau semua makanan tu jadi tenaga barulah sihat. Tak ternak lemak sampai berkurun last-last kena sakit gula tinggi dalam darah aka DIABETES.

 NAK kesihatan yang optimum sepanjang hari dengan keperluan nutrisi lengkap 28 jenis vitamin, senang ja terus ambik vitalea yang terkenal sebagai multivitamin. 

Set ni sesuai sangat untuj sesiapa yang :
nak ikhtiar HAMIL

  • nak sendi,otot dan tulang sihat
  • nak kekal bertenaga dan cergas walaupun hamil,berpantang dan menyusu 
  • nak minda pantas
  • nak kulit muka blushing merah-merah
  • nak kulit cantik dan berseri
  • nak kawal kolestrol dan tekanan darah tinggi
  • nak awet muda
  • nak atasi masalah terlebih hormon laki

Esok kita kupas lagi detail bagi setiap satu vitamin dalam set ni nah.
Hari ni bagi info mudah dan senang lekat dalam kepala dulu


JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
·         Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
·         Semulajadi
·         Berkesan
·         Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
·         Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?
Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.


PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.


PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.
NAK BELI SET SHAKLEE
Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
·         belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
·         belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 906598) 
·         hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram +60194139987(Siti Aminah) untuk sebarang bantuan / belian melalui saya 
Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat. 

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team RNG Empire yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.

Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 

PERCUTIAN PENDEK KE KUNDASANG

$
0
0

view point
View point Pekan Nabalu

Assalamualaikum

Dah lama mami tak masukkan entry baru dalam blog mami. Bertapa malasnya la hai nak menaip.

Trip kundasang 

Baru datang kekuatan untuk menaip balik. Saja nak masukkan memori kat sini dan juga panduan yang mencari tempat dan views di Kundasang. Semua sedia maklum bahawa kundasang terkenal dengan pemandangan yang sangat cantik dengan hawa yang sejuk di kaki Gunung Kinabalu yang merupakan igauan pendaki. 

Berdoa supaya cuaca cerah. 

Akinabalu
Puncak Akinabalu

Untuk mendapatkan pemandangan yang terang dan jelas macam ni, semestinya la cuaca memainkan peranan penting. Maka setiap kali nak bercuti ke sini, pastinya mami akan berdoa semoga direzekikan cuaca yang cerah dan keadaan angin yang bagus supaya awan tidak meliputi sepenuhnya puncak Akinabalu ini. 
Mulakan perjalanan awal

Pastikan juga bertolak awal dari Kota Kinabalu supaya tidak terlalu lewat sampai atas. Kebiasaannya, selepas masuk waktu tengah hari, tiupan angin agak kuat dan membawa awan menutupi puncak. Waktu yang ngam ialah sebelum jam 10 ke 11pagi macam tu. Lagi awal, lagi bagus. 

Antara View kami 
Pemandangan dalam perjalanan
pemandangan
selfie keluarga

Beraktiviti di Kundasang 


Oleh kerana kami ni bermastautin di Sabah, maka kami tidak lagi memilih kandang lembu sebagai destinasi utama percutian kali ni. Ini kerana musim cuti sekolah terlalu ramai pelancong luar dan orang semananjung datang ke sini. Maka, bagi laluan kepada mereka dahulu he he. Jadi mami pilih Mount Kundasang Recreation sebagai tempat tujuan utama percutian keluarga kami kali ini. 

Antara aktiviti yang dapat dilakukan di sini ialah. 
- Flying fox
- Archery
- Lawatan ke B E Wonderland

Ada bayaran tertentu untuk setiap aktiviti di sini. 

Anak-anak yang besar memilih untuk mencuba aktiviti flying fox.

Abang Long mula dulu

Anak-anak tak berpeluang untuk melakukan aktiviti memanah kerana ada keluarga yang telah menempah terlebih dahulu, perlukan masa lebih untuk menunggu.
Habis sahaja aktiviti flying fox kakak dan abang, terus kami masum B. E Wonderland. 

B E Wonderland. 


Dalam B.E Wonderland ni ada 13 seksyen, mami pun lupa apa seksyen dia. Tapi sempat la juga mami rakam semua gambar, cuma di larang merakamkan video sahaja.

Pintu Utama B. E Wonderland

Musim Salji
Nak tunggu main snow sebenar, masih belum ada rezeki. Jadi kita berangan dalam ni saja la.
Suasana Tropika, cantik walaupun replika sahaja.

kawasan cermin ajaib ha ha
Sabah culture house
tak ingat dah seksyen apa
Ruang culture moden
Ruang Angkasa
Autum...cantik kan!!!
rekacipta
Ruang kreatif

Cari makan


Selepas menghabiskan masa di Mount Kundasang recreation, tak sedar rupanya dah hampir tengah hari. Padan la perut pun mula berdondang sayang. Keluar dari sini dan menuju ke Pekan Kundasang. Sebenarnya di Mount Kundasang recreation ni pun ada restaurants juga, tapi kami memilih untuk ke pekan saja sebab boleh menikmati sayap madu sekali. Salah satu menu wajib kami cari bila bercuti ke sini. 

Sayap madu Wak Ali


Apa yang special sangat sayap madu ni ialah sambal kicap yang dibuat untuk mencicah ayam ni. Pedas dia memang terasa dan bila makan rasa susah nak berhenti he he. 

Nasi Ayam


Sebenarnya hidangan utama untuk makan tengah hari kami ialah nasi ayam. Tapi ayam menu nasi ayam tu tak terusik sebab kami makan nasi berlauk sayap madu ha ha.

Masjid kundasang 


Oleh kerana masih awal, belum boleh check-in bilik yang mami tempah. Maka kami singgah ke Masjid Kundasang untuk menunaikan solat zohor. Laluan depan Masjid kelihatan agak sibuk berbanding hati biasa sebelum ni, rupanya ia merupakan laluan alternatif untuk ke Pekan Ranau. Ini kerana laluan biasa di tutup disebabkan oleh kejadian tanah runtuh. 
Bagi mereka yang malas nak mencari tempat untuk makan tengah hati, depan Masjid Kundasang telah ada restoran. Mudahkan jemaah dan orang ramai untuk singgah solat dan terus makan. 

Sutera sanctuary lodges di Kinabalu Park 


Nepenthes Vile


Kami memilih untuk menginap di Kinabalu Park kerana suasana dan pemandangan gunung yang ketara jelas. Terasa seolah-olah bercuti di luar negara. Berangan je la kan, he he. 

Jom layan semua gambar Penginapan kami. 

Macam masuk rumah sendiri jaaa


Ruang tamu yang luas dan selesa


Kemudahan 2 katil super single

Ruang pantry dengan kemudahan peti sejuk yang besar

Ruang balkoni untuk menikmati keindahan alam

Bilik air yang selesa

ruang mandi

toiletries

sabun dan shampu

View petang dari kawasan lodges 


Selepas selesai check in bilik je, hujan pula menyambut kedatangan kami. Maka, kami pun menikmati suasana hawa dingin semula jadi dalam bilik yabg sangat selesa. Dalam bilik ada disediakan alat pemanas. Tapi sengaja tak pasang sebab nak menikmati suasana sejuk kaki pergunungan. 
Cantiknya bunga di sini

macam bunga lili kan

tak tahu nama bunga, tapi cantik


warna-warni


Puncak gunung yang sangat jelas selepas hujan


Akinabalu memanggil-manggil


Nyamannya

Dinner di Liwagu restaurant 


Oleh kerana terlalu mencintai suasana hawa dingin kawasan kaki pergunungan kinabalu, sehingga malas nak keluar dari kawasan Penginapan kami. Jadi kani cuba menjengah restoran kawasan lodges ni.

Restoran Liwagu



Kopi O


ini juga yang budak ni order


Sejuk beku pun nak minum ais


Set nasi goreng kampung


Check out


Tidur malam yang sangat sejuk dengan suhu mencecah 12 darjah menjelang waktu pagi. Sehingga rasa tak mahu keluar dari selimut ha ha. Kalau ikut rasa hati nak terus tidur je kat bilik ni. Susana sejuk dan nyaman buatkan rasa malas nak ke mana-mana. Tapi terpaksa keluar juga sebab perut dah mula menyanyi minta diisi.
Jom keluar


Tunggu kenderaan hotel ambil kami ke ruang lobi utama.

Semoga boleh jadi panduan untuk mereka yang inginkan suasana nyaman kawasan kaki pergunungan. 




Percutian menarik ke Tenom

$
0
0

 Trip Tenom- Sipitang- Membakut



Mercu tanda Pekan Tenom

Perjalanan ke Tenom dari Sepanggar mengambil masa 3 jam. Sblm jam 9 keluar rumah dan singgah utk sarapan di kedai makan. Hampir jam 10 baru memulakan perjalanan ke tenom, cuaca agak mendung di kawasan KK. Perjalanan mendaki di jalan keningau kimanis agak berkabus dan menutup pemandangan cantik bawah bukit sehingga nampak laut. Bukan rezeki kami harini.



Jam 1 tiba di Tenom, terus ke Yit Foh Coffee park. Yit Foh pun ada homestay ya, cantik homestay dia. Cuma saya tak semak kadar sewa sini. Bergambar sekitar kawasan Kilang yit foh ditemani aroma kopi yang sedang diperoses di kilangnya. Kalau suka, boleh minum kopi o panas di kafe yit foh dengan harga rm1 secawan. Boleh juga shopping kopi keluaran kilang Yit Foh di sini. Oleh kerana kami semua masih belum ada mood nak minum kopi, sebab baru sampai dan kepanasan waktu tengah hari. Kami pilih untuk menikmati ais krim saja.



Selepas puas bergambar, kami merancang utk mencari hidangan tengah hari di restoran Asia Rasa 3 yang hanya bersebelahan dengan muzium, tp anak sulung rasa kurang selesa sbb sakit kepala. Makanya kami hanya melawat muzium kemudian langsung ke tempat penginapan kami di Fatt Choi Coffee cabin. Muzium Antanom ni tidak mengenakan bayaran masuk. Muzium ni menceritakan mengenai asal asul Tenom dan bagaimana atau kenapa dinamakan tenom. 


Muzium Antanom

Antara pameran dalam muzium



Sampai saja di Fatt Choi coffee cabin, terus check in bilik dan solat. Keluar bergambar dan makan tengah hari di kafe resort ni saja. Harga makanan di kafe ni berpatutan dan minuman boleh beli di kedai kopi resort dengan pelbagai pilihan kopi dari kilang Fatt Choi. Apa yang membuatkan kami sekeluarga memilih untuk makan dalam kawasan resort saja adalah kerana kedai yang menjual hidangan makanan diyakini halal dan juga menyajikan pelbagai menu hidangan berat. Ada juga gerai menjual satay dan sayap ayam bakar, gerai ini juga diyakini halal. Satu lagi gerai menjual menu Char Kuey Teow dengan status “serve no pork”, jadi kami tak pilih untuk beli dari gerai ini kerana ada pilihan gerai menu yang kami lebih yakin. Boleh juga beli pelbagai jenis kopi keluaran kilang Fatt Choi. 

Hujan mula turun semasa kami tengah menikmati makanan, selepas habis makan terus masuk bilik berehat. Dlm jam 4 hujan reda, keluar utk bergambar di Bahagian atas sikit, perlu mendaki tangga utk bergambar di sini dengan disaji pemandangan yang sangat cantik dari atas bukit dan juga tiada kabus selepas hujan.


Pemandangan dari atas bukit, kena mendaki

pemandangan sebelah cafe


Bahagian hadapan cafe


Kopi yang dijual di kedai dan juga pilihan minuman  panas/sejuk dijual

Gerai makanan

Pintu gerbang masuk Fatt Choi coffe cabin

Playground untuk anak-anak juga disediakan

Gerai menjual satay dan sayap ayam

Banyak spot untuk OOTD


Fatt Choi coffee cabin ni terletak di kawasan agak tinggi atau atas bukit. Maka suhu di sini agak sejuk ditambah pula dengan cuaca yang hujan dan berangin sedikit dan ditambahkan lagi dengan kemudahan bilik kami tanpa kipas serta ada penghawa dingin saja. Agak sejuk la juga, dah rasa macam bermalam di kundasang la pulak.


Maka malamnya kami tidur dengan suasana yang dingin. Hampir saja nak matikan penghawa dingin dek kerana sejuk. Bangun pagi, kami bersiap untuk check out dari cabin seawal jam 8 pagi untuk keluar mencari sarapan di Restoran Asia Rasa 3. Selanjutnya kami ke pasaraya Bestamart untuk membeli kopi yang dipesan rakan rakan kerana kedai kopi di Cabin masih belum beroperasi. Ada juga kopi yang tidak dijual di pasaraya, mungkin hanya ekslusif dari kedai kopi Factory saja.

Seterusnya kami melanjutkan untuk melawat Pusat Kebudayaan Murut Tenom. Bayaran masuk RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak. Oleh kerana kami datang melawat pada hari Jumaat, tiada apa-apa aktiviti di sini melainkan melawat pameran seni dan juga kebudayaan Murut Tenom. Baru tahu rupanya terdapat berbagai suku lagi di kalangan kaum Murut Tenom.

Pusat Kebudayaan Murut Tenom

Pintu utama

Hasil seni dari besi

Gong aluan kedatangan pengunjung


Selesai melawat Pusat kebudayaan, kami meneruskan perjalanan ke Sipitang. Perjalanan dengan cuaca redup dan diselangi hujan gerimis melalui jalan yang berbukit. Salah perkiraan kami rupanya, kami menjangkakan perjalanan yang biasa saja untuk ke Sipitang dari Tenom. Rupanya boleh tahan juga kena mendaki. Perjalanan memasuki Daerah Sipitang, ditemani pula dengan masalah jalan berlubang dan juga mendap, terdapat juga beberapa kawasan yang berdepan dengan masalah runtuhan. Makanya, elakkan perjalanan pada wakru semakin gelap.


Bulatan dari Tenom menghala ke Sipitang


Bualatan sebelum memasuki pekan Sipitang

Kami tiba di Sipitang menghampiri waktu zohor, sempat bergambar sekejap di mercu tanda Espalned Sipitang. Hujan pula waktu kami nak bergambar tu, makanya berlari ke kereta dan langsung ke masjid berdekatan kerata suami dan anak-anak nak solat Jumaat. Kaum wanita dan anak kecil tunggu di kereta saja lah sehingga selesai solat Jumaat. Selesai solat Jumaat, hujan pun dah reda, terus ke medan selera esplaned untuk menikmati satay Sipitang. Anda jang terkejut kalau memasuki kawasan medan selera di sini. Semua gerai di sini menjual satay, cuma mungkin berbeza dari segi rasa dan sedikit pada harga. Jangan risau, setiap gerai ada menu yang lain juga seperti makanan panas (nasi goreng) dan juga jenis sup seperti soto dan bakso.

gerai buah-buahan

Durian siap kopek

Bergambar kenangan dalam suasan gerimis

sementara soalat Jumaat

Mercu tanda Esplaned Sipitang

Ber"sweet" la konon

gerai Sate Jamrut yang ada cawangan juga di KK




Selesai menikmati satay dan makan tengah hari, singgah sekejap di gerai buah-buahan berhadapan dengan pejabat pertanian daerah Sipitang. Beli sedikit durian kampung, minta kopek siap dan dimasukkan dalam bekas. Buat bekalan untuk piknik di Membakut pula.

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Membakut melalui jalan Sipitang Beaufort. Perjalanan kalini lebih mencabar kerana faktor jalan yang rosak dan masih dalam pembinaan. Jalan berturap dalam keadaan baik terlalu sikit, makanya perlu berhati-hati dan tidak baleh pandu laju. jam 4.30 petang kami selamat sampai di Turtle Garden Resort membakut untuk bermalam dan piknik di pantai. 

sarapan di Membakut



Anak-anak bersarapan

Garden chalet

Homestay di Mebakut : Turtle garden resort

Cuaca di Membakut juga hujan, makanya kami membakar ayam dalam suasana hujan dan berangin. Cabaran dalam nak menghidupkan bara api untuk proses membakar. Anak-anak sempat main pasir di tepi pantai, perlu sentiasa pantau agar anak-anak tidak memasuki air pantai kerana keadaan ombak yang kuat. Jadilah juga dapat main pasir, dapat hilangkan rasa rindu mandi pantai. Perjalanan percutian yang agak padat dan agak penat tapi sangat beerti buat semua dengan pengalaman yang berbeza. 

Begitulah kata pepatah " Jauh perjalanan, luas pengalaman" . Pengalaman juga mendewasakan kita.

Semporna punya tarikan Pulau yang sukar dilupakan

$
0
0

Trip ke Semporna- Tawau melalui Jalan Kalabakan





Bergambar di Pulau Pom-pom

Banyaknya hutang nak tulis trip jelajah Sabah kami sekeluarga. Apa yang sibuk sangat pun tak pasti lah. Apa yang pasti trip berlangsung pada Ogos 2020. Perjalanan kalini secara konvoi dengan 3 buah kereta iaitu 3 keluarga berasingan dan yang pastinya kenderaan kami penuh penumpang dengan 9 orang iaitu 5 anak termasuk datuk dan nenek mereka.

Perjalanan dari rumah di Politeknik dimulakan seawal 5.30 pagi, sesudah subuh. Keluar rumah awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas di bandar Kota Kinabalu dan juga memastikan sampai ke destinasi sebelum waktu malam. Melalui jalan Kimanis - Keningau, pendakian bukit Kimanis yang agak tinggi dengan kereta. Cuaca cerah disajikan dengan pemandangan bawah bukit sehingga nampat laut yang luas dari kejauhan. Pemandangan yang mengujakan mengurangkan rasa debaran mendaki bukit dengan kereta. Apabila memilih perjalanan melalui Kimanis - Keningau perlu menitikberatkan penyelenggaraan kenderaan masing-masing supaya tidak "jammed" semasa pendakian atau menuruni bukit yang agak curam. 

Makan tengah hari di tepi jalan

Di banjaran Crocker

Tempat berhenti solat

Penginapan di Banjaran Crocker

Situasi pendakian



Turun dari bukit Kimanis, kami memasuki pekan Keningau untuk penuhkan tangki minyak kereta sebelum melalui laluan Kalabakan, Laluan sini merupakan jalan alternatif untuk ke Tawau melalui Nabawan, Sapulut. Stesen petrol terdekat adalah memasuki pekan Tawau. Stesen petrol lain perlu keluar simpang untuk masuk kawasan pekan, mungkin mengambil masa. Setelah mengisi minyak, perjalanan diteruskan melalui Jalan Kalabakan.

Kami berhenti di tepi jalan di Kawasan Pensiangan, Jalan Kalabakan ni biasanya dilalui oleh kenderaan berat atau kenderaan jenis 4WD. Jalan berturap dalam keadaan baik agak sedikit, maka perlu berhati-hati. Jalanrayanya yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan jalan mendap kiri dan kanan dan juga lubang yang besar dan dalam di kebanyakan tempat. Kami berhenti untuk berehat seketika dan makan tengah hari di kawasan Pensiangan, kawasan tepi jalan saja. Makanan sedia dimasak dan dibawa oleh kami bagi melancarkan perjalanan yang jauh.

Perjalanan diteruskan lagi, seterusnya kami berhenti untuk soalah di Masjid Al Ikhlas di kawasan Felda Kalabakan Utara. Alhamdulillah dipermudahkan urusan untuk berhenti solat. Kemudian perjalanan diteruskan lagi, apabila memasuki kawasan Merotai di Tawau, kami singgah untuk isi minyak lagi sebelum meneruskan perjalanan ke Semporna.

Di Semporna, kami memilih homestay di Koperasi Surau AlFalah, Taman Sempaul. Harga yang ditawarkan di sini sangat berpatutan dan selesa untuk kami rombongan yang ramai dan juga keluarga yang besar macam kami. Oleh kerana kepenatan hampir 12 jam dalam kereta, maka kami memilih untuk masak sendiri di homestay saja. Alhamdulillah bekal yang kami bawa masih cukup untuk makan malam kami semua.

Makan malam di homestay

homestay untuk keluarga kami yang paling luas

Semua berkumpul untuk makan malam

Nak homestay ni : Homestay Surau AlFalah

Keesokkannya kami sediakan sendiri juga sarapan untuk kami semua. Sarapan serba ringkas seperti nasi goreng dan mihun goreng, ada juga bekalan roti kami bawa. Kami bawa semua makanan yang kami sediakan di homestay ke Jeti Pelancongan Bangau-Bangau supaya kami tidak perlu berebut tempat parking. Kami makan di kawasan menunggu di jeti saja, sementara menunggu pihak ejen kami menyiapkan permit perjalanan kami untuk masuk ke pulau. Kami memilih pakej "Daytrip" saja, iaitu masuk ke kawasan pulau waktu pagi dan mesti kembali ke tanah besar sebelum jam 3 petang. 

Sarapan masak sendiri

Sementara menunggu untuk naik bot




Hari pertama kami ambil pakej C (Pualau Mataking, Timba-timba dan Pom-pom). Pakej daytrip dengan harga RM75 per kepala, harga termasuk insuran dan permit, makan tengah hari serta peralatan snorkeling. Pakej hari pertama kami memang sepenuhnya snorkeling, puas hati anak-anak dapat turun berendam air laut. Pakej ke tiga pulau berlainan dan berhampiran. Pulau pertama adalah pulau Pom-pom, dimana kawasan pantai yang cantik untuk bergambar dan berjalan sepanjang beting pasir. Kemudian ke Pulau Mataking, di sini dapat naik ke pulau dan melihat bahagian belakang pulau yang menghadap negara jiran iaitu Filipina. Kemudian barulah ke Pulau Timba-timba, di sini banyak penyu yang timbul.

Jernihnya air

Rasa nak tangkap ikan tu

Lunch di atas bot saja

Semua berendam dalam air


Selepas habis pakej 3 pulau ni, kami dihantar kembali ke jeti. Di jeti lengkap disediakan bilik mandi dan tempat solat. Selesai membersihkan diri, kami langsung mencari kedai untuk makan malam. Dengan panduan daripada owner homestay, kami makan di Kedai Ikan bakar Semporna yang terletak berhadapan jalan dengan Mc Donald Semporna. Selesai makan malam baru lah kami balik ke homestay untuk berehat dan tidur selepas seharian berendam di laut.
Menikmati seafood 

Restoran Ikan bakar Semporna


Hari kedua kami masih di Semporna dengan pakej pulau yang berbeza iaitu ke Pulau Mabul dan Kapalai. Pakej hari kedua ni banyak menikmati pemandangan yang sangat cantik di Pulau Mabul, boleh OOTD la orang kata. Kami memilih Mabul Water Bungalow Resort untuk melihat pemandangan dan bergambar. Oleh kerana kami bukan menginap di resort tersebut, maka kami dikenakan bayaran untuk naik ke resort tersebut. Masyaallah, sungguh terpukau dengan keindahannya. Tiada kata yang dapat diungkapkan bagi menggambarkan betapa indahnya Pulau Mabul dengan kejernihan air dan juga hidupan lautnya.

Meriah tapak sulaiman

Resort yang cantik


Resort yang sangat menarik untuk pasangan bulan madu


Teruja dengan hidupan laut

Resort atas air



Selesai bergambar dan menikmati makan tengah hari, barulah kami turun untuk aktiviti snorkeling dan mandi laut di kawasan berhampiran resort. Ada sempadan yang diletakkan bagi pengunjung yang bukan menginap di resort. Kemudian barulah ke Pulau Kapalai untuk aktiviti snorkeling di sana pula.

 Selesai aktiviti pulau terus balik ke jeti, bersihkan diri untuk solat dan langsung bergerak ke Tawau pula. Tamat sudah 2 hari di Semporna. Jarak perjalanan dari Semporna ke Tawau memakan masa 1 jam 30 minit. Kami tiba di Tawau hampir waktu isyak, berhenti makan di Restoran Tintingan untuk menikmati seafood. Selepas makan malam, masing-masing bergerak ke homestay yang berbeza tempat. Alhamdulillah, esoknya kami keluar mencari sarapan sekitar bandar Tawau, sempat masuk tamu Sabindo sebab kebetulan tamunya hari minggu. Bergambar kenangan di mercu tanda Tawau sebagai tanda sudah sampai sini.

mercu tanda Tawau



Kemudian check out homestay di Tawau untuk ke Sandakan pula di mana masa perjalanan lebih kurang 6 jam juga sekiranya jalan cantik. Belum hilang penat sepenuhnya pun, tetapi sebab teruja dengan perjalanan ini, semua tu dilupakan. Singgah di Pekan Kunak untuk isi minyak. Oleh kerana faktor jalanraya yang kurang baik menyebabkan salah satu kereta konvoi bocor tayar. Terpaksa singgah di Petronas Kinabatangan untuk menggantikan tayar simpanan sementara mencari kedai kereta. Kami tiba di Sandakan hampir jam 10 malam. Alhamdulillah homestay lengkap barang dapur, masak mee segera je la.

Esok paginya barulah suami keluar dari homestay untuk membeli sarapan. Sementara kami di rumah kemas barang dan cuci apa yang patut. Kami keluar awal dari homestay terus ke Sepilok dan Sunny Bear yang bersebelahan sahaja.

Sunny bear berdiri

Pintu masuk utama



Nak bergambar dengan orang utan tak dapat he he


Selesai lawatan disini terus bergerak balik. Kami singgah makan tengah hari di Pekan Ranau. Berhenti untuk solat asar di Masjid Kundasang dan akhirnya selamat sampai ke kediaman masing-masing sebelum menjelang waktu malam.

Masyaallah, perjalanan kami terlalu padat dengan jarak perjalanan yang sangat panjang. Tetapi sesungguhnya, penat tu terbayar dengan pengalaman yang sangat menarik.





Pulau Mantanani, pulau yang cantik di Kota Belud

$
0
0

 Pulau Mantanani, adakah setanding Semporna?



Kota belud juga terdapat pulau yang sangat cantik dan menghadap Gunung Kinabalu. Pulau Mantanani turut mempunyai sebuah perkampungan. Pulau ini mempunyai pantai yang cantik dengan air yang jernih dengan warna hijau kebiruan.

Kecantikan pulau ini menarik minat pemaju mendirikan resot di sini dengan pakej snorkeling di beberapa kawasan sekitar pulau. Keindahan pantai dengan sajian pemandangan matahari terbenam yang sangat memukau.

Selepas habis waktu maghrib pula, kita dapat menyaksikan kerlipan cahaya biru "Blue tears"di tepi pantai terhasil disebabkan oleh fenomena Phytoplankton (fitoplankton), sejenis alga laut mikroskopik yang mengeluarkan cahaya biru terang.

Gambar google je sebab kamera sendiri tak dapat capture


Sini saya ceritakan serba sedikit pecutian kami ke Pulau Mantanani dengan Nido Mantanani Resort. Di pulau ini terdapat beberapa resort yang lain juga. Oleh kerana PKP disebabkan covid 19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan industri pelancongan sedikit terbatas.

Demi kelangsungan perniagaan juga, beberapa resort mengadakan promosi untuk menarik pengunjung bercuti ke resort mereka. Kami tertarik dengan pakej Nido Mantanani yang mengenakan caj per kepala. Pakej termasuk pengangkutan dari Jeti di Kota Belud, makanan dan penginapan untuk 2 hari 1 malam serta 1 pakej snorkeling.

Hari pertama berkumpul di jeti Nido resort di Rampayan jetty, Kota Belud, kira-kira setengah jam perjalanan dari pekan Kota Belud mengahala ke Kota Marudu. Pengangkutan ke Pulau Mantanani dijanjikan dalam jam 10 di jeti.


Tunggu bot

Perjalanan ke Pulau Mantanani denga bot mengambil masa lebih kurang 1 jam rasanya. Alhamdulillah cuaca cerah dan keadaan laut tidak bergelora. Pihak bot menyediakan plastik bagi yang ada masalah mabuk laut. Perjalanan ke pulau sangat lancar walaupun mendebarkan sebab pertama kali ke pulau yang agak jauh.


 Dalam Bot ke Pulau



Setelah mendarat di pulau, kami di bawa ke perkarangan resort yang menyediakan pondok khas untuk kami meletakkan barangan dan juga kami di sediakan makanan tengah hari. Kemudian kami diminta untuk bersiap untuk aktiviti snorkeling tanpa checkin bilik dahulu kerana masih menunggu bilik kami disiapkan.

Turun bot


Hidangan makan tengah hari

kawasan letak barang sebelum check in


Setelah mendarat balik dari aktiviti snorkeling baru kami dibenarkan masuk ke bilik masing-masing.Kami ambil sebuat chalet bilik berdua dan satu lagi bilik dorm untuk 4 orang. Lelaki la yang ambil bilik dorm untuk 4 orang tu sebab bilik airnya di luar bilik.

Chalet bilik berdua


dalam bilik


Aktiviti snorkeling

Waktu petang adalah aktiviti bebas bagi semua pengunjung, boleh memilih untuk berkayak atau mandi-manda di pantai. Menjelang senja, kami di bawa ke hujung pantai untuk menikmati pemandangan matahi terbenam. Sangat cantik pemandangan dari pulau yang terbuka.

Pemandangan matahari terbenam

Abadikan kenangan


Kemudian kami balik ke bilik masing-masing, selesai solat semua menikmati makan malam yang telah disediakan di cafe resort. ada yang membeli hasil nelayan dan dibawa untuk oleh perkerja dapur kafe dengan bayaran tertentu. Kemudian semua pengunjung di bawa ke tepi pantai dan lampu semua dipadamkan untuk melihat fenomena Blue tears.


kafe milik resort 


Hidangan breakfaast

Hasil nelayan, ada juga lobster


Sebelum check out esoknya, kami tambah pakej snorkeling kerana belum puas beraktiviti dalam laut. kami dibawa ke daratan yang penuh dengan batu karang yang telah mati. Fenomena air pasang dan surut telah membentuk daratan seolah sebuah pulau kecil. Kemudiang kami melakukan aktiviti snorkeling di kawasan yang lain pula. Seterusnya kami dibawa mengelilingi pulau sebelum balik ke resort untuk bersiap dan check out bilik. Kami dihidangkan makan tengah hari dan seterusnya menunggu bot untuk balik ke jeti di Kota Belud.


 
Pintu utama resort.

batu karang yang membentuk daratan seperti pulau


Kawasan resort.




pantai yang cantik


Masyaallah, sampai ke harini pun tak boleh lupa betapa indahnya pulau-pulau yang terdapat di negeri bawah bayu ini.

 
Viewing all 161 articles
Browse latest View live